Bisnes

Nilai Jualan Semula Kereta Hyundai Setara Dengan Kereta Jepun

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dalam satu kenyataan berkata, nilai jualan semula bagi model keluaran Hyundai kini semakin tinggi, seiring dengan peningkatan permintaan untuk kenderaan pra-milik Hyundai sejak lima tahun yang lalu.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, persepsi bahawa kereta Hyundai mempunyai nilai jualan semula yang rendah adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana pemilik kereta Hyundai kini menikmati nilai jualan semula yang berdaya saing dengan kereta buatan Jepun.

“Perbezaan harga jualan model Hyundai yang berusia lima tahun dengan model Jepun adalah sangat kecil. Begitu juga dengan susut nilai bagi kedua-duanya selepas lima tahun iaitu kira-kira 10 peratus setiap tahun,” kata beliau.

Hyundai Promise Program Kereta Terpakai

Menurut beliau lagi, Hyundai telah membuktikan yang ia adalah jenama kereta yang boleh dipercaya yang berkualiti tinggi. Model Hyundai hari ini bukan sahaja bergaya, malah dilengkapi dengan inovasi terkini yang setara dengan jenama kontinental premium, kerana itulah ia mendapat permintaan.

Semua model terpakai Hyundai berjaya dijual dalam masa yang singkat selepas Hyundai melancarkan program kereta pra-miliknya iaitu Hyundai Promise. Program tersebut memberi jaminan bahawa semua model pra-milik Hyundai didatangkan dengan alat ganti tulen dan bebas kemalangan besar.

Setiap kenderaan juga melalui proses pemeriksaan yang dilakukan oleh juruteknik terlatih bagi memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum diluluskan untuk penjualan.

Hyundai Promise Program Kereta Terpakai

Lebih menarik lagi, setiap kenderaan terpakai Hyundai didatangkan dengan waranti lanjutan antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia dan perbatuan, serta khidmat bantuan tepi jalan 24 jam. Unit-unit terpilih juga didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma.

Mereka yang berminat untuk menjual, menukar beli atau membeli kereta daripada Hyundai Promise boleh menghubungi Sime Darby Auto Selection menerusi www.simedarbyautoselection.com.my atau hubungi talian 03-4065 2502. Selain itu, mereka juga boleh membuat temu janji dengan kakitangan Sime Darby Auto Hyundai:

  • Jasmine Teh – 012-288 7830, Hyundai Ara Damansara
  • Karen Hong – 012-205 8598, Hyundai Old Klang Road
Previous post

Daihatsu XENIA Serba Baharu Previu Perodua Alza Generasi Baharu

Next post

Aston Martin DBX Straight-Six Untuk Pasaran China Sahaja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *