Berita Auto

Mercedes-Benz Panggil Semula Model Keluaran 2004-2016

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan panggilan semula untuk model tertentu keluarannya yang dilengkapi dengan beg udara Takata. Langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan pelanggan dan meningkatkan pemahaman mengenai kondisi model beg udara dalam kenderaan selepas tempoh yang panjang.

Dalam satu kenyataan, MBM berkata pada 2019, Mercedes-benz melaksanakan panggilan semula di peringkat global untuk model kereta, van dan trak Mercedes-Benz yang terjejas.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan Joyson Safety Systems (organisasi yang menggantikan Takata) untuk bertukar penemuan dan pandangan terkini.” kata syarikat itu.

MBM dan Daimer AG meyakinkan pelanggannya yang semua kereta penumpang Mercedes-Benz tidak lagi menggunakan beg udara Takata (atau pengeluar lain) yang menggunakan ammonium nitrat sebagai propelan utama.

Panggilan semula ini melibatkan model-model yang dihasilkan dari 2004 hingga 2016, seperti berikut:

  • W169 (A-Class)
  • W203 and W204 (C-Class)
  • X204 (GLK)
  • C207 (E-Coupe and Convertible)
  • W212 (E-Class)
  • W164 (ML- and GL-Class)
  • W251 (R-Class)
  • R171 (SLK)
  • C197 (SLS AMG)

Pemilik model Mercedes-Benz yang terlibat boleh memeriksan nombor pengenalan kenderaan (VIN) di sini atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-800-88-1133 untuk mengesahkan sama ada kereta mereka terlibat dalam program panggilan semula ini.

Mereka yang terlibat digesa untuk menghubungi wakil pengedar Mercedes-Benz, Pusat Khidmat Pelanggan atau menggunakan kemudahan tempahan dalam talian untuk menggantikan beg udara (tertakluk kepada ketersediaan alat ganti). Penggantian adalah percuma.

Previous post

Honda Civic FE Dapat 5 Bintang Dalam Ujian ASEAN NCAP

Next post

Yamaha MT-09 Baharu Kini Di Malaysia - RM54,998

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *