Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Hyundai Kona Electric Sah Masuk Pasaran Malaysia

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini mengesahkan bahawa Hyundai Kona Electric akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

Model elektrik pertama di bawah jenama Hyundai itu akan ditawarkan dengan dua pilihan pek bateri – bateri jarak jauh 64 kWj yang menawarkan jarak pemanduan sejauh 484 km dan bateri asas berkapasiti 39.2 kWj dengan jarak pemanduan sejauh 305 km dengan satu cas penuh.

Harga rasmi masih belum diumumkan namun menurut HSDM, harga varian bateri asas dijangka bermula di bawah RM150,000. Ini selaras dengan pengumuman Bajet 2022 yang menyaksikan pengecualian duti dan cukai untuk kenderaan elektrik di Malaysia.

Untuk perbandingan, Nissan LEAF yang dilancarkan di Malaysia pada Julai 2019 dijual pada harga RM188,888. Ia hadir dengan pek bateri 40 kWh yang menawarkan perjalanan sejauh 311 km.

Kedua-dua versi menampilkan sebuah motor elektrik yang boleh menjana kuasa masimum sebanyak 204 PS (150 kW) dan 395 Nm, membolehkan crossover elektrik ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.9 saat.

Pengecasan dari 10 hingga 80 peratus mengambil masa kira-kira 47 minit menerusi pengecas pantas (DC) berkapasiti 100 kW. Selain itu, Kona Electric juga didatangkan dengan pengecas 11 kW yang boleh digunakan untuk pengecasan di kediaman atau di stesen pengecas.

Kona Electric kini dibuka untuk tempahan menerusi platform dalam talian Hyundai, Cl!ck to Buy.

Previous post

Proton Jual 13,362 Kereta Pada Oktober, Lepasi Angka Jualan 2020

Next post

Apa Kesudahan Soal Siasat SPRM Berhubung Salah Guna Kuasa Pengarah Kumpulan Weststar?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *