Berita Auto

Ford Bronco Desert Racer – SUV V8 Khas Untuk Padang Pasir

Ford telah memperkenalkan Bronco DR (Desert Racer) yang dikuasakan oleh enjin 5.0-liter V8 Coyote yang diambil daripada Mustang GT. Walaupun dibangunkan berasaskan Bronco yang diperkenalkan pada tahun lalu, anda tidak boleh memandu jentera ini di jalan raya kerana ia dibangunkan khas untuk perlumbaan off-road seperti Baja 1000.

Beberapa perincian teknikal masih belum didedahkan, namun Ford menjangkakan enjin tersebut mampu menghasilkan sehingga 400 hp. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik 10 kelajuan ’10R80′ seperti yang digunakan pada Ranger dan Mustang, menerusi transfer case F-150 dan differential elektronik pada gandar hadapan dan belakang.

Bagi memastikan ia mampu menghadapi pelbagai jenis bentuk muka bumi yang mencabar, Ford menggunakan sistem suspensi off-road berprestasi tinggi (HOSS) dari Multimatic, peredam  Positional Selective DSSV Dampers 80 mm serta lengan kawalan aluminium, juga dibangunkan oleh Multimatic.

Jika dibandingkan dengan Bronco Badlands, Bronco DR dikatakan mempunyai jarak pergerakan suspensi hadapan dan belakang yang lebih tinggi sebanyak 55.1 dan 58.6 peratus, atau 15.8 dan 17.4 inci. Ini memberikannya sudut pendekatan 47 darjah, sudut pelepasan 37 darjah dan sudut breakover 33 darjah.

Ford Bronco DR

Sementara itu, ukuran track pula adalah 73.7 inci di hadapan dan 73.3 inci di belakang. SUV lasak ini menggunakan tayar BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 berukuran 37 inci dan rim beadlock berukuran 17 inci.

Sebagai sebuah jentera lumba sebenar, bahagian dalaman Bronco DR telah dikosongkan bagi memberi ruang kepada sangkar keselamatan Multimatic dan dua tempat duduk bucket Sparco. Sistem infohibur yang asal dikeluarkan dan digantikan dengan paparan Motec C187 dan sistem pemerolehan data CAN, dengan pilihan akses data berasaskan awan.

Ford merancang untuk memasukkan Bronco DR dalam perlumbaan Baja 1000 edisi 2022. Apa yang menarik, syarikat itu akan menawarkan 50 unit Bronco DR kepada mereka yang berminat, dengan harga bermula dari $250,000 (RM1.04 juta) setiap satu.

Previous post

Toyota Corolla Cross Versi CKD Boleh Mula Ditempah

Next post

Mitsubishi Xpander Facelift Diperkenalkan Di Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *