Motosikal / Lain Lain Roda

Beli Vespa Dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% Di Dreamshop

Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara dalam talian menerusi platform e-dagang www.dreamshop.com.my dengan pelan pembayaran mudah 0% dan pelbagai tawaran menarik. Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang, sekaligus memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian.

Juan Chow Wee, Pengurus Besar Didi Resources Sdn. Bhd. berkata kerjasama dengan Dreamshop adalah tepat pada masanya kerana menurut satu tinjauan runcit baru-baru ini, sembilan daripada 10 rakyat malaysia dijangka membeli-belah dalam talian menjelang akhir tahun 2021.

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing Vespa merupakan jenama kenderaan beroda dua pertama yang ditawarkan menerusi platform e-dagang itu, yang mana buat masa ini sudah memiliki lebih dari satu bilion produk.

“Lebih penting lagi, kami juga bekerjasama dengan seberapa banyak bank yang kami mampu dalam menawarkan pelbagai kaedah pembayaran dan penebusan mata bonus. Melalui Dreamshop, pelanggan kini boleh membeli Vespa ikonik menerusi pelan pembayaran mudah 0% daripada 11 bank dengan hanya beberapa klik, menjadikannya menarik dan mudah untuk dimilliki,” tambah beliau.

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan pelan pembayaran mudah 0% untuk pembelian Vespa di Dreamshop:

  • Malayan Banking Bhd
  • United Overseas Bank (M) Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • HSBC Bank Malaysia Bhd
  • Hong Leong Bank Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank Bhd
  • AmBank (M) Bhd
  • Standard Chartered Bank
  • OCBC Bank (Malaysia) Bhd
  • Alliance Bank Malaysia Berhad

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • Rebat RM200 untuk lima pembelian pertama di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0% untuk ahli kad RHB. Promosi sah sehingga 15 April (Kod promosi: RHB200).
  • Mata tambahan bonus points 30 peratus untuk setiap pembelian Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0% untuk ahli kad AmBank.
  • Potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk ahli kad CIMB. Promosi sah dari 1 November sehingga 31 Disember 2021. (Kod promosi: CIMB10).
  • Hadiah percuma bernilai RM300 berupa kemeja T, topi keledar dan rantai kunci Vespa) dengan setiap pembelian melalui Dreamshop.

Setakat ini, terdapat lapan model Vespa yang ditawarkan di Dreamshop:

  1. Vespa Primavera 150 ABS Black Vulcano @ harga serendah RM475 sebulan
  2. Vespa Primavera 150 ABS Grey Materia @ harga serendah RM495 sebulan
  3. Vespa Primavera S150 ABS @ harga serendah RM525 sebulan 
  4. Vespa Sprint 150 ABS@ harga serendah RM506 sebulan 
  5. Vespa Sprint S 150 ABS @ harga serendah RM506 sebulan 
  6. Vespa Sprint S150 TFT ABS @ harga serendah RM595 sebulan
  7. Vespa GTS Super Sport 300 HPE ABS @ harga serendah RM 864 sebulan
  8. Vespa GTS 75TH 300 HPE ABS @ harga serendah RM 1,164 sebulan
Previous post

Aston Martin DBX Straight-Six Untuk Pasaran China Sahaja

Next post

Pesawat Hawk TUDM Terhempas Di Butterworth

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *