Bisnes

Apa Kesudahan Soal Siasat SPRM Berhubung Salah Guna Kuasa Pengarah Kumpulan Weststar?

Itu gesaan surat pembaca editormalaysia.com, Jamal Hussein.

Surat tersebut yang disiarkan oleh Wan Suleiman bertarikh 20 Oktober 2021 adalah berkenaan seorang pengarah bergelar Datuk di syarikat Kumpulan Weststar yang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa. 

Carian dalam talian kami tidak menghasilkan apa-apa maklumat tentang kes tersebut.

Jamal Hussein dalam surat terbukanya, bertanya kepada SPRM sejauh manakah siasatan itu telah dijalankan? Adakah benar suspek seorang yang berpengaruh dalam syarikat Weststar dan merupakan penasihat kepada pengurusan tertinggi? Selain itu, adakah benar terdapat usaha untuk mempengaruhi SPRM agar menghentikan siasatan dan menutup kes tersebut?

Kami sebagai pembaca dan warga industri permotoran juga ingin tahu akan kesimpulan kepada kes ini. Apa sudah jadi?

Pelancaran Weststar Maxus G10

Surat terbuka itu melaporkan bahawa beberapa pegawai SPRM ke ibu pejabat Menara Weststar di Hulu Klang 27 September lalu dan telah merampas sejumlah dokumen. Ini diikuti rampasan beberapa lagi dokumen dan fail di pejabat Weststar Maxus di Jalan Tun Razak, beberapa hari kemudian.

Weststar Maxus adalah anak syarikat kepada Weststar Group.

Surat itu menyatakan bahawa menurut kepada sumber SPRM, siasatan ke atas pengarah tersebut dan beberapa saksi lain telah dijalankan secara berperingkat-peringkat sehingga pertengahan Oktober ini.

Fokus siasatan adalah dakwaan salah guna kuasa seorang pengarah bergelar Datuk yang bertanggungjawab dalam operasi syarikat, ” katanya.

Berdasarkan kepada laporan itu juga, menurut surat Jamal Hussein lagi, difahamkan pengarah berkenaan pernah berdepan dengan isu salah guna kuasa sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil. Bagaimanapun kali ini dakwaan terhadapnya mendapat perhatian SPRM selepas sebuah syarikat lain iaitu Sapura Resources dikatakan membuat aduan rasmi tentang tuntutan bayaran yang keterlaluan atas arahan suspek. Selain itu, suspek dipercayai turut membuat tuntutan palsu melibatkan prinsipal syarikat luar negara iaitu SAIC Motor China. Setakat ini tiada sebarang penafian daripada Sapura Resources dan SAIC Motor China.

Difahamkan, setakat ini kata Jamal Hussein, :”SPRM mendapati wujud asas yang kuat bagi siasatan tersebut dilanjutkan secara lebih terperinci dan menyeluruh. Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong integriti termasuk dalam sektor korporat, saya harap SPRM tidak tunduk kepada tekanan mana-mana individu dan pihak berhubung kes tersebut. Tiada sesiapa yang harus terlepas di sebalik cubaan campur tangan kuasa tertentu.”

Tambah Jamal Hussein, “Setakat ini tiada reaksi dan kenyataan daripada Weststar Group mahupun anak syarikatnya, Weststar Maxus. Sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia, menjadi harapan banyak pihak agar pengururusan Weststar Group tidak berkompromi dalam soal integriti. Syarikat itu harus dibersihkan sama sekali daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa bagi menjaga reputasinya.”

Untuk makluman, Weststar Group terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya automotif, sektor perkhidmatan penerbangan, industri pertahanan, hartanah dan pembinaan. Ini termasuk Maxus, jenama kenderaan yang merupakan sebahagian daripada gergasi automotif China, SAIC, yang kebetulan juga memiliki nama MG-Rover.

Weststar Maxus Buka Pusat 3S Bukit Mertajam

Tumpuan utama kepada pikap dan kenderaan penumpang besar lain seperti minivan dan SUV, kenderaan China ini juga dijual di Malaysia di bawah panji Westar Maxus antaranya van komersial Maxus V80. Weststar Maxus turut merancang untuk melancarkan Maxus V80 versi elektrik sepenuhnya yang dikenali sebagai EV80 dalam tempoh terdekat sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau syarikat tersebut.

Previous post

Hyundai Kona Electric Sah Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Yang Mana Satu? MPV Hyundai Staria Atau Toyota Alphard

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *