Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha TMAX 560 Tiba Di Malaysia – RM72,288

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan Yamaha TMAX 560 yang tergolong dalam barisan Big Bike jenama itu. Ia ditawarkan pada harga RM72,288 tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan kantung kunci Royal Selangor dan kunci brek cakera.

Merupakan model yang dinaik taraf, TMAX 560 dikuasakan oleh enjin sejukan cecair DOHC dua silinder bersesaran 562 cc yang menghasilkan 47 hp (35 kW) pada 7,500 rpm dan 55.7 Nm pada 5,250 rpm. Transmisi V-belt automatik ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda.

Dibangunkan untuk tunggangan di kawasan urban dan pengembaraan jarak jauh, model ini dilengkapi dengan casis aluminium yang ringan, fork teleskopik 41 mm panel instrumen Monotone TFT yang memaparkan maklumat seperti penggunaan bahan api, serta lampu LED belakang berbentuk T.

Selain itu, TMAX 650 juga didatangkan dengan ciri-ciri yang membuatkan jarak jauh lebih selesa iaitu cermin penghadang angin boleh laras elektronik dengan ketinggian sehingga 135 mm, tangki minyak berkapasiti 15 liter, ruang storan di bawah pelana dan fungsi pemanas pelana dan pemegang (grip).

Ciri-ciri elektronik pula merangkumi Cruise Control, Traction Control System (TCS), dan D-Mode yang membolehkan penunggang memilih penghantaran kuasa yang lebih lancar atau prestasi yang lebih berkuasa. Dari segi keselamatan pula, model ini dilengkapi dengan ABS dwi-saluran dan sistem Smart Key.

Boleh didapati menerusi wakil pengedar Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 16 Oktober 2021, TMAX 560 ditawarkan dalam dua warna iaitu Tech Kamo dan Power Grey.

Yamaha TMAX 560

MT-09 & Tracer 9 GT

Dalam majlis pelancaran yang diadakan secara dalam talian, HLYM turut sempat memperkenalkan dua lagi model berkapasiti tinggi yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu MT-09 dan Tracer 9 GT. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 889 cc tiga silinder.

Previous post

Proton Lancar Rangkaian Minyak Pelincir - 4 Gred, Harga Dari RM78

Next post

Apa Sudah Jadi Dengan Kia Stinger Sports Sedan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *