Berita Auto

VOTY 2021//Supercar of the Year – Aston Martin DBS Superleggera

Mengambil alih takhta model flagship daripada Vanquish S, DBS Superleggera dipilih sebagai pemenang Supercar of the Year tahun ini bukan sahaja disebabkan reka bentuknya yang mampu membuat sesiapa sahaja terpikat, malah prestasinya yang cukup mengagumkan. Ditambah pula dengan pelbagai sistem elektronik yang disediakan, ia mungkin supercar yang paling lengkap di pasaran.

Rasanya tidak perlu diperkatakan lagi yang nadinya iaitu enjin twin-turbo V12 sangat berkuasa sehinggakan titisan-titisan peluh pasti terbit di dahi setiap kali pendikit ditekan. Namun, rasa gementar digantikan dengan perasaan yakin terima kasih kepada talaan casisnya yang seimbang. Dengan bantuan sistem peredam adaptif, badannya mampu bertindak balas dengan input dari pemandu dengan cepat.

Supercar sering kali dikatakan tidak praktikal dan sukar untuk dipandu sebagai kenderaan harian, namun tidak dengan DBS Superleggera. Ruang kabinnya tidaklah terlalu sukar untuk masuk dan keluar seperti yang disangka, manakala kehadiran ciri-ciri seperti kamera parkir 360 darjah, Parking Distance Display dan Park Assist sedikit sebanyak memudahkan pemanduan.

Spesifikasi Aston Martin DBS Superleggera

Enjin: petrol, twin-turbo V12
Kapasiti: 5,204 cc
Kuasa: 715 hp @ 6,500 rpm
Tork: 900 Nm @ 1,800-5,000 rpm
Transmisi: automatik lapan kelajuan
0-100 km/j: 3.4 saat
Kelajuan maksimum: 340 km/j
Harga: RM1,205,000

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35

Next post

Honda CR-V Black Edition Dilancarkan - RM161,913

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *