Cerita Auto

VOTY 2021//Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo

Sedan segmen B adalah antara segmen yang paling sengit di Malaysia kerana ia merupakan antara pilihan utama bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil mahupun mereka yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan dan ingin mencari kereta pertama. Atas sebab ini, pengeluar berlumba antara satu sama lain untuk menawarkan yang terbaik untuk menarik perhatian pembeli.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), dalam usahanya untuk memecah dominasi Honda City dan Toyota Vios, membawa masuk Nissan Almera Turbo yang mempunyai satu kelebihan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya iaitu enjin turbo tiga silinder.  Namun jangan salah anggap kerana enjin tersebut jelas ditala untuk pemanduan yang lebih efisyen dan bukannya prestasi pecutan.

Bukan itu sahaja, Almera Turbo juga berbaloi dimiliki kerana setiap varian didatangkan standard dengan Vehicle Stability Control dan Intelligent Forward Collision Warning, sesuatu yang tidak dimiliki oleh pesaingnya. Varian tertinggi iaitu VLT mendapat lebih banyak ciri seperti Intelligent Moving Object Detection (IMOD), Blind Spot Warning (BSW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan enam beg udara.

Spesifikasi Nissan Almera Turbo

Enjin: turbo tiga silinder
Kapasiti: 999 cc
Kuasa: 99 hp @ 5,000 rpm
Tork: 152 Nm @ 2,600 rpm
Transmisi: automatik 6 kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM91,310

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER

Next post

VOTY 2021//Executive Sedan of the Year – Honda Accord

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.