Berita Auto

Volvo Car Malaysia Lancar Progam Jaminan Alat Ganti Sepanjang Hayat

Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan program jaminan baru yang dikenali sebagai ‘Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat untuk Pelanggan’ (Customer Lifetime Parts Warranty) untuk memberi ketenangan fikiran kepada semua pelanggan Volvo sepanjang pemilikan kenderaan mereka.

Pelanggan yang telah membeli dan memasang alat ganti tulen Volvo melalui wakil pengedar sah Volvo mulai 1 Oktober 2021 akan layak untuk mengambil bahagian dalam program ini. Jaminan bermula pada tarikh pembelian alat ganti kereta dan sah selagi kereta tersebut berada di bawah hak milik pemilik kereta yang didaftarkan.

Sekiranya pelanggan memerlukan pembaikan atau penggantian mana-mana bahagian Volvo yang tulen kerana kerosakan bahan atau pembuatan, Volvo Car Malaysia akan membaik pulih dan mengganti alat ganti tersebut secara percuma.

Sementara itu, pemilik model lama Volvo yang tidak mengunjungi wakil pengedar Volvo lebih dari dua tahun perlu membawa kereta mereka untuk menjalani Pemeriksaan Kenderaan Volvo (Volvo Health Check) untuk layak mengambil bahagian dalam program jaminan ini sambil memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan tidak diubah suai dengan apa cara sekalipun.

Pelanggan kemudiannya boleh membeli alat ganti di bawah program jaminan ini dan diminta untuk menghantar kereta ke mana-mana pengedar sah Volvo untuk perkhidmatan servis di masa hadapan bagi memastikan jaminan tersebut sah digunakan.

Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat untuk Pelanggan tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh seperti yang dinyatakan dalam manual jaminan. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skop keseluruhan bahagian yang dilindungi.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Penawaran baru ini adalah sebahagian dari komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggan. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi aspek penting bagi Volvo, dan melalui program jaminan ini, pelanggan kami kini dapat menikmati faedah kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan merasai kualiti yang ditawarkan oleh Volvo, pada tahun-tahun akan datang.”

Sebelum ini pada Februari 2021, Volvo Car Malaysia mengumumkan lanjutan jaminan bertempoh lima tahun atau perbatuan tanpa had untuk semua kereta Volvo milik persendirian yang didaftarkan mulai 1 Januari 2021 dan seterusnya.

Previous post

EMOS Dilantik Pengedar Eksklusif Kawasaki Di Malaysia

Next post

Isuzu D-Max AT35 Bersuspensi Bilstein Dan Tangki 140 Liter

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *