Berita Auto

Tayar Trak Pikap Dan SUV Michelin LTX Trail Dilancarkan

Michelin baru-baru ini melancarkan tayar Michelin LTX Trail untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan tayar yang dibangunkan khas untuk trak pikap tinggi dan SUV untuk kegunaan di jalan raya atau off-road.

Menurut syarikat itu, LTX Trail mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, prestasi brek di permukaan basah yang cemerlang, serta menawarkan tahap bunyi yang rendah.

Oliver Biggart, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Michelin LTX Trail baharu merupakan tayar yang tepat bagi SUV yang semakin meraih populariti, pasarannya juga diunjurkan bakal berkembang sebanyak 5.6% dari tahun ke tahun, iaitu dari 2021 hingga 2026.”

“Sempurna bagi pengguna yang memiliki pikap tinggi 4×2 dan 4×4, serta SUV seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner, dan Nissan Navara, tayar ini juga sesuai bagi mereka yang perlu bergerak dari jalan raya biasa ke luar jalan raya atas tujuan kerja mahupun riadah,” tambah beliau.

Tayar LTX Trail mempunyai tiga kelebihan utama seperti berikut:

Perbatuan sehingga 41% lebih tinggi – RallyForce2 Tread Compound membekalkan daya tahan yang lebih cemerlang serta hayat servis yang maksimum. Ia turut menampilkan reka bentuk bunga tayar yang baharu dengan Biting Shoulder untuk melindungi dinding sisi tayar daripada kerosakan.

Keselamatan jangka panjang – Variable Thickness Sipes menyediakan tapak temu (contact patch) yang dinaik taraf demi prestasi pengendalian, cengkaman, dan pembrekan yang lebih baik. Di atas jalan raya yang basah, ia mampu berhenti dalam jarak 3.1 meter (baharu) dan 4.6 meter lebih pendek (haus). Di atas jalan raya yang kering, dalam keadaan baharu, ia mampu berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek.

Paras bunyi 19.8% lebih rendah – Duo-Harmony Blocks membawakan dua bentuk blok yang berbeza pada bahagian tengah bunga tayarnya, bagi tujuan menyebarkan tenaga bunyi corak bunga merentasi spektrum yang lebih luas, lantas membekalkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan menenangkan.

Di Malaysia, Michelin LTX Trail disediakan dalam sembilan saiz, dengan dimensi rim dari 15 hingga 18 inci. Ia boleh didapati menerusi wakil pengedar Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/auto/tyres/michelin-ltx-trail.

Previous post

Pandu Uji: Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan - Bagai Suntikan Adrenalin

Next post

Mitsubishi Triton Pecah Rekod Lagi - 1,521 Unit Terjual Bulan Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *