Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki V-Strom 1050XT Kini Di Malaysia – RM81,900

Selain Hayabusa, Suzuki Malaysia turut melancarkan Suzuki V-Strom 1050XT yang diposisikan di atas V-Strom 650XT dalam barisan motosikal kembara jenama itu. Ia dijual pada harga RM81,900 dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Metallic Oort Gray No.3/Glass Sparkle Black dan Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange.

Dibangunkan untuk mengatasi permukaan muka bumi yang mencabar, V-Strom 1050XT menampilkan enjin 1,037 cc DOHC V-berkembar 90 darjah yang telah dinaik taraf bagi mematuhi piawaian emisi Euro 5. Enjin ini menghasilkan 107 PS pada 8,500 rpm dan 101 Nm pada 4,000 rpm, disalurkan ke roda menerusi transmisi nisbah rapat enam kelajuan yang diuruskan oleh Suzuki Clutch Assist System (SCAS).

Suzuki V-Strom 1050XT

Enjin tersebut menggunakan sistem pendikit Ride-by-Wire baharu yang lebih ringkas, ringan dan kompak berbanding pendikit mekanikal sebelum ini. Setiap silinder mempunyai badan pendikit (throttle body) elektronik yang lebih besar (49 mm berbanding 45 mm sebelum ini).

Casis V-Strom 1050XT langsing, terima kasih kepada rekaan enjin V-berkembar, tangki minyak dan pelananya yang kompak. Di hadapan, terdapat fork terbalik KYB 43 mm dengan fungsi pelarasan sepenuhnya manakala di belakang pula terdapat suspensi link-type yang juga mempunyai pelarasan lantunan dan redaman. Bukan itu sahaja, bar hendal mempunyai pelindung tangan dengan pemberat untuk keselasaan ergonomik dan pengurangan gegaran.

Suzuki V-Strom 1050XT
Suzuki V-Strom 1050XT

Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) turut disertakan. Ia merangkumi pelbagai sistem elektronik seperti Cruise Control, Motion Track Brake System, Combined Brake System, Hill Hold Control, Slope Dependent Control, Load Dependent Control, Traction Control, Suzuki Drive Mode Selector, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.

Untuk pasaran Malaysia, V-Strom 1050XT didatangkan standard dengan set side case aluminium dan juga beberapa kelengkapan eksklusif seperti pelindung bawah badan aluminium, bar, lampu isyarat membelok LED, pelindung knuckle, tempat duduk dan penghadang angin boleh laras, dan soket DC 12V.

Suzuki V-Strom 1050XT

Seperti Hayabusa, model ini boleh didapati di bilik pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara dan didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Suzuki Hayabusa Dilancarkan Di Malaysia - RM111,200

Next post

VOTY 2021//Pickup Truck of the Year - Isuzu D-Max X-Terrain

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *