Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki Hayabusa Dilancarkan Di Malaysia – RM111,200

Hanya dua bulan selepas membuat kemunculan semula di Malaysia dengan pelancaran enam model baharu, Suzuki Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkembangkan barisan modelnya dengan dua lagi model baharu iaitu Suzuki Hayabusa dan V-Strom 1050XT. Dalam artikel ini, kami akan ketengahkan Hayabusa yang merupakan model sportbike flagship bagi jenama Suzuki.

Model generasi baharu ini dikuasakan oleh enjin sejukan cecair, empat silinder sebaris DOHC bersesaran 1,340 cc yang menghasilkan kuasa berjumlah 190 PS pada 9,700 rpm dan 150 Nm 7,000 rpm. Enjin ini telah diberikan beberapa penambahbaikan, antaranya termasuklah Suzuki Side Feed Injector (S-SFI), sistem pendikit elektronik Ride-by-Wire dan sistem ekzos baharu.

Dengan pengedaran berat 50:50 depan-belakang, kestabilan Hayabusa pada kelajuan tinggi disumbangkan oleh fork terbalik KYB 43 mm dengan ciri pelarasan sepenuhnya pada bahagian hadapan dan suspensi link-type KYB dengan lengan ayun aluminium pada bahagian belakang.

Kuasa membrek pula dibekalkan oleh dibekalkan oleh angkup empat piston Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera 320 mm berkembar di hadapan dan cakera tunggal berukuran 260 mm yang diapit oleh angkup piston tunggal di belakang.

Sistem elektronik pula diterajui oleh Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang menggabungkan lima ciri elektronik iaitu Power Mode Selector, Anti-Lift Control System, Bi-Directional Quickshift System, Engine Brake Control System dan Motion Track Traction Control System.

Suzuki Hayabusa

Untuk pasaran Malaysia, Hayabusa boleh didapati dalam tiga pilihan skema warna – Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red dan Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue. Ia dijual pada harga RM111,200 tidak termasuk insurans dan pendaftaran, dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Hyundai Staria - MPV 'Kapal Angkasa' Mendarat Di Malaysia

Next post

Suzuki V-Strom 1050XT Kini Di Malaysia - RM81,900

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *