Bisnes

Mitsubishi Triton Pecah Rekod Lagi – 1,521 Unit Terjual Bulan Lalu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pencapaian jualan tertinggi bagi Mitsubishi Triton bagi bulan September 2021.

Dengan pembukaan semula industri automotif, MMM kini sedang memenuhi pesanan yang tertunggak dan sepanjang bulan lalu, syarikat itu berjaya menyerahkan sebanyak 1,521 unit Triton dengan pegangan pasaran 34 peratus dalam segmen trak pikap.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, prestasi jualan Triton meningkat sebanyak 5.2 peratus dalam tempoh separuh pertama Tahun Kewangan 21 (April-September 2021), manakala jualan keseluruhan syarikat turut menyaksikan pertumbuhan positif dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 6,907 unit.

Dengan jumlah tersebut, pegangan pasaran MMM meningkat dari 1.7 peratus (April-September 2020) kepada 3.9 peratus (April-September 2021). MMM kekal dalam kelompok tiga teratas bagi jenama automotif bukan nasional di Malaysia.

Sementara itu, XPANDER kini muncul sebagai MPV bukan nasional paling laris di Malaysia dengan lebih 13,000 tempahan diterima sejak pelancarannya pada November tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 5,756 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan.

“Selepas beberapa bulan berhadapan dengan situasi pasaran yang mencabar akibat pandemik COVID-19 dan lockdown, pasukan Mitsubishi Motors bekerja keras untuk meningkatkan produksi, masa penyerahan dan memenuhi tempahan yang tertunggak untuk XPANDER dan Triton,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang telah menunjukkan sokongan dan bersabar dengan kami,” tambah beliau.

Menurut Tomoyuki, MMM bakal memperkenalkan khidmat penghantaran ke rumah bagi pelanggan yang membuat pembelian kenderaan baharu Mitsubishi secara dalam talian.

Previous post

Tayar Trak Pikap Dan SUV Michelin LTX Trail Dilancarkan

Next post

BMW 2 Series Active Tourer Tampil Dengan Rekaan Segar, Kabin Ala iX

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.