Berita Auto

SKIDOO Tawar Perkhidmatan Penghantaran 40% Lebih Murah

Pandemik yang melanda secara tidak langsung menyaksikan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran. Baru-baru ini, sebuah lagi syarikat perkhidmatan penghantaran telah dilancarkan di Malaysia iaitu SKIDOO.

Syarikat itu menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, semuanya dengan harga yang berpatutan yang mengutamakan kepentingan pelanggan.

Tambah syarikat itu lagi, perkhidmatannya 40 peratus lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain di negara ini dan tiada caj tersembunyi dikenakan. Ini bagi memastikan pelanggan tidak merasa terbeban dengan kos penghantaran yang tinggi.

SKIDOO turut menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti. Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui WhatsApp atau terus hubungi SKIDOO jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, dan pasukan SKIDOO akan memberikan penyelesaian segera.

Ketua Pegawai Eksekutif SKIDOO Malaysia, Asokan Raveindaran berkata, “Kami memulakan syarikat perkhidmatan penghantaran ini setelah menyedari wujudnya jurang dalam perkhidmatan penghantaran yang baik untuk satu-satu tempat, pada harga mampu milik.”

“SKIDOO beroperasi dengan berpandukan kepada model perniagaan insan, di mana pelanggan mendapat yang terbaik dari segi harga, pengalaman dan perkhidmatan secara keseluruhan. Kami lahir atas keperluan komuniti, dan sebab itulah kami mendapat sokongan padu daripada komuniti.”

Buat masa ini, terdapat pilihan penghantaran melalui motosikal, kereta, van, trak 4X4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan. SKIDOO berpangkalan di Kuala Lumpur, dan merancang untuk melebarkan sayapnya ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Selaras dengan sasarannya untuk berkembang, SKIDOO menjemput rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menjadi rakan penghantar dengan mendaftar di laman sesawang syarikat itu. Rakan penghantar akan diberikan insentif bulanan tambahan, gaji mingguan, serta pelbagai insentif dan manfaat lain.

Sempena dengan pelancaran ini, SKIDOO menawarkan potongan 21% caj penghantaran kepada semua pelanggan mereka, terhad kepada 20 pengguna setiap hari. Promosi ini akan berlangsung selama satu bulan dan para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021.

Previous post

Harley-Davidson Sportster S Tiba Di Malaysia - RM92,900

Next post

Land Rover Defender Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *