Bisnes

Mercedes-Benz Bakal Buka Pusat Logistik Selepas Jualan Di Johor Bahru

Mercedes-Benz mengumumkan yang ia akan membuka Pusat Logistik Selepas-Jualan di Senai Airport City, Johor Bahru. Pusat tersebut dijangka mula dibuka pada 2024 dan akan dioperasikan oleh Mercedes Benz Parts Logistic Asia Pacific (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 100 peratus milik Mercedes-Benz AG.

Pada masa yang sama, Mercedes-Benz turut mengumumkan yang ia telah menandatangani perjanjian sewa jangka panjang dengan Tiong Nam Logistics Solutions Sdn Bhd selaku pemaju dan pemilik gudang baharu yang akan dibuka nanti.

Thomas Schulz, Naib Presiden Operasi Servis dan Alat Ganti Global berkata, “Dengan Pusat Logistik Selepas-Jualan, Mercedes-Benz komited dan akan melabur untuk mengukuhkan kehadiran kami di Malaysia.”

“Terletak secara strategik di Johor Baharu, Pusat Logistik Selepas-Jualan baharu ini akan membolehkan kami mengukuhkan kedudukan sebagai hab pengedaran serantau dan global di samping mewujudkan pekerjaan baharu untuk rantau ini. Pelanggan dan rangkaian pengedar kami akan menikmati perkhidmatan dan standard berkualiti tinggi menerusi infrastruktur baharu ini,” tambah beliau.

Pusat itu akan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Bekalan Selepas-Jualan Daimler AG di peringkat global dan akan bertindak sebagai pusat pengedaran alat ganti di rantau Asia Pasifik dan negara-negara lain.

Selain itu, gudang berkeluasan 1 juta kaki persegi itu juga akan menguruskan pengimportan, penyimpanan dan juga pengurusan alat ganti serantau dan pengedaran aksesori. Ia akan dilengkapi dengan sistem penyimpanan dan pengendalian material terkini.

Previous post

Suzuki DR Z400SM Kustom Hasilan oneYedeer

Next post

BMW Memulakan Pengeluaran Kereta Elektrik Di Munich

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *