Berita Auto

Mercedes-Benz A-Class Versi CKD Dilancarkan – Dari RM219,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkembangkan barisan model pemasangan tempatan (CKD) dengan pelancaran dua model kompak iaitu A-Class sedan dan GLA. Kedua-duanya boleh didapati dalam dua varian iaitu Progressive Line dan AMG Line.

A 200 Progressive Line dikuasakan oleh enjin turbo 1.33-liter empat silinder dengan janaan 163 hp pada 5,500 rpm dan 250 Nm dari 1,620 hingga 4,000 rpm. Sementara itu, A 250 AMG Line mempunyai 224 hp pada 5,500 rpm dan 350 Nm dari 1,800 hingga 4,000 rpm yang dibekalkan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

A 200 Progressive Line

Dari segi kelengkapan, varian A 200 hadir dengan kit badan Progressive Line dengan rim aloi 18 inci, manakala A 250 pula mempunyai kit badan AMG Line yang lebih sporty dengan rim AMG 18 inci sebagai pelengkap. Lampu LED High Performance disertakan secara standard pada kedua-dua varian.

Warna yang ditawarkan adalah Polar White, Cosmos Black, Mountain Grey, Iridium Silver dan Denim Blue, dengan trim dalaman ala gentian karbon untuk A 200 Progressive Line dan trim aluminium linear-grain untuk A 250 AMG Line. Kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem infohibur MBUX dengan dua skrin berukuran 10.25 inci dengan fungsi arahan suara, Apple CarPlay dan Android Auto.

A 250 AMG Line

Sistem keselamatan pula terdiri daripada ciri-ciri seperti Pre-Safe untuk penumpang hadapan, Keyless Go, Tyre Pressure Monitoring System, Active Brake Assist, Parking Function, Tirefit, kamera undur, paparan status untuk tali pinggang keledar belakang dan Cruise Control dengan pengehad kelajuan Speedtronic. A 250 mendapat tambahan Blind Spot Assist dan Exit Warning Assist.

A 200 Progressive Line dijual pada harga RM219,888 manakala A 250 AMG Line pula berharga RM249,888. Pelan pembiayaan Step Up Agility Financing Plan menawarka ansuran bulanan serendah RM1,688 untuk A 200 dan RM2,088 untuk A 250.

Previous post

VOTY 2021//Vehicle of the Year 2021 – Honda City RS

Next post

Mercedes-Benz GLA Kini Dalam Versi CKD - Dari RM242,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *