Motosikal / Lain Lain Roda

Sah! KMSB Henti Edar Motosikal Kawasaki Mulai 1 Oktober 2021

KMSB Motors Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.) mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi pengedaran motosika Kawasaki berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu berkata bahawa keputusan dibuat oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB setelah mengambil kira beberapa perkembangan penting dalam polisi pelaburan Kawasaki Heavy Industries, Ltd. Japan (KHI) di Malaysia.

Ini khususnya membabitkan keputusan KHI untuk meningkatkan ekuiti mereka dalam Modenas pada April 2019 dan kesan kepada strategi pengedaran produk KHI untuk pasaran Malaysia.

KMSB mengambil keputusan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak ke atas sokongan dan kerjasama yang diberikan selama 33 tahun bergelar sebagai pengedar rasmi motosikal Kawasaki di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat itu turut mengumumkan bahawa penukaran nama kepada KMSB Motors Sdn. Bhd. dilakukan bagi menceburi bidang perniagaan baharu.

Sementara itu, urusan mengenai tuntutan jaminan, servis selepas jualan dan alat ganti akan diumumkan oleh pihak KHI tidak lama lagi.

Previous post

BMW Malaysia Lancar BMW iX Configurator, Ada 7 Pilihan Pakej

Next post

EMOS Dilantik Pengedar Eksklusif Kawasaki Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *