Bisnes

Jaguar Land Rover Malaysia Gabung Operasi Perniagaan Runcit

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), yang merupakan satu usahasama antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto, mengumumkan bahawa ia akan menyatukan operasi perniagaan runcit Jaguar Land Rover, menjadikan mereka satu-satunya pengimport dan pengedar jenama itu di Malaysia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada perancangan syarikat untuk memajukan keupayaan servis dan perkembangan jenama tersebut untuk jangka panjang.

Langkah ini akan menyaksikan perolehan aset pengedar dan pemindahan kakitangan dari Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto, serta penggabungan operasi perniagaan ke bilik pameran Jaguar dan Land Rover yang terletak di Ara Damansara. Premis ini merupakan pusat 4S JLR yang terbesar dalam rantau Asia Tenggara. JLRM juga akan beroperasi di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan JLRM, berkata penggabungan ini akan meletakkan syarikat dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam menyediakan khidmat kepada pelanggan, di samping dapat mengoptimumkan kos runcit dan perdagangan termasuk perbelanjaan.

Land Rover Defender

JLRM berharap penggabungan ini mampu memaksimumkan pengalaman pelanggan bagi membezakan mereka dengan syarikat pesaing. Dikombinasikan dengan inisiatif digital, perancangan baharu syarikat untuk melabur terhadap teknologi bakal meningkatkan penggunaan penyelesaian digital dalam beberapa tahun lagi bagi menyempurnakan kapasiti servis bertujuan mewujudkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk para pelanggan.

Bilik pameran JLRM juga akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan yang mewah kepada para pelanggan. Dengan keluasan 167,586 kaki persegi, ia menempatkan kenderaan baharu dan terpakai Jaguar Land Rover di bawah satu bumbung, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan dan lebih nilai.

Tata-Motors-Loss-Jaguar-F-Pace-SVR-2.0

JLRM bakal meneruskan pelaburan dalam latihan untuk meningkatkan bilanganJuruteknik Master Level 4 dan Juruteknik Teknologi Kenderaan Elektrik bertauliah untuk bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik untuk kenderaan mereka. Penasihat Jualan dan Perkhidmatan juga akan dilatih secara khusus selaras dengan standard Jaguar Land Rover agar pelanggan kekal yakin dengan pemilikan kenderaan mereka.

Program jangkauan perkhidmatan juga akan diperluaskan ke wilayah selatan di Johor Bahru, di samping mengekalkan liputan di bahagian utara melalui premis di Pulau Pinang.

Akhir sekali, JLRM juga akan melancarkan beberapa model terbaharu dalam masa terdekat. Ini termasuk Jaguar F-Pace, XF, I-Pace serta Land Rover Defender 90 yang merupakan versi tiga pintu kepada Defender 110 yang dilancarkan ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Previous post

UMW Toyota Kini Tawar Aksesori GR Untuk Empat Model

Next post

Hyundai Staria - MPV 'Kapal Angkasa' Mendarat Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *