Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu D-Max Auto Plus 4X2 1.9L Dilancarkan – RM100,999

Isuzu Malaysia hari ini melancarkan varian baharu trak pikap Isuzu D-Max iaitu D-Max Auto Plus 4X2 1.9L. Ia dikatakan ideal untuk mereka yang lebih banyak memandu di kawasan urban. Menurut syarikat itu, hanya 28 peratus pemandu trak pikap di Malaysia menggunakan sistem 4X4 yang terdapat pada trak mereka.

Tanpa transfer case, differential hadapan dan sistem pacuan sampingan, D-Max Auto Plus 4X2 1.9L mempunyai berat keseluruhan 1,830 kg, iaitu 85 kg lebih ringan jika dibandingkan dengan varian 4X4.

Varian baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.9-liter RZ4E-TC yang menghasilkan 150 PS pada 3,600 rpm dan 350 Nm dari 1,800 hingga 2,600 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang mempunyai nisbah yang sama dengan varian 4X4.

Isuzu D-Max Auto Plus

Dibangunkan berdasarkan platform Isuzu Dynamic Drive, D-Max Auto Plus dilengkapi dengan sistem suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan leaf spring pada bahagian belakang yang memberikannya kapasiti muatan yang tinggi.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan elektronik seperti ABS, Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Start Assist (HSA), Hill Descent Control (HDC) and Brake Override System (BOS).

Isuzu D-Max Auto Plus

Gabungan sistem-sistem ini dan struktur badannya membolehkan keseluruhan barisan model D-Max menerima pengiktirafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP, menjadikannya antara trak pikap paling selamat di pasaran.

Dari segi kelengkapan, varian ini tampil dengan lampu projektor Bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED, gril hitam matte, lampu kabus pada bahagian kiri dan kanan bampar serta rim aloi 17 inci dengan tayar bersaiz 255/65 HT. Turut disertakan adalah pemijak sisi, bed liner dan pelekat ‘4X2 Auto Plus’ pada bahagian belakang.

Isuzu D-Max Auto Plus

Di dalam, terdapat upholsteri fabrik, paparan 4.2 inci pada panel instrumen, port USB, soket 120W serta skrin multimedia berukuran tujuh inci dengan paparan daripada kamera undur, Bluetooh, WiFi, MirrorLink, Miracast, Android Auto dan Apple CarPlay.

D-Max Auto Plus 4X2 1.9L boleh didapati dalam warna Splash White Solid, Mercury Silver Metallic, Onyx Black Mica, Sapphire Blue Mica dan Valencia Orange Metallic. Ia ditawarkan pada harga RM100,999.20 dan boleh ditempah mulai sekarang, dengan penghantaran dijangka bermula November ini.

Previous post

Volkswagen Tawar Penjimatan Servis 30 Peratus Kepada Ahli VCP

Next post

Hyundai Sonata N Line Night Edition Serba Hitam Bak Snake Eyes

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *