Cerita Auto

Hyundai Sonata N Line Night Edition Serba Hitam Bak Snake Eyes

Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins yang ditayangkan pada Julai lalu menyaksikan kemunculan sebuah kereta yang tidak disangka-sangka iaitu Hyundai Sonata N Line. Bagi meraikan peristiwa itu, Hyundai memperkenalkan model edisi terhad yang dikenali sebagai Night Edition.

Menggunakan Sonata N Line sebagai asas, model ini tampil dengan lip spoiler dan rim cap yang diperbuat daripada gentian karbon CFRP, rim aloi hitam matte berukuran 19 inci, angkup brek berwarna merah dan kemasan krom gelap pada lencana ‘H’ dan ‘Sonata’.

Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Phantom Black dan Quartz White. Dengan badan berwarna hitam, sedan berprestasi ini mendapat cermin sisi dan pemegang pintu berwarna hitam matte. Untuk warna Quartz White pula, dua komponen tersebut didatangkan dalam warna yang sama dengan badan.

Diperkenalkan pada September tahun lalu, Sonata N Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.5-liter empat silinder yang menghasilkan 290 PS dan 422 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar lapan kelajuan yang ditugaskan untuk memacu roda hadapan.

Hyundai Sonata N Line Night Edition

Sonata N Line Night Edition akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 1,000 unit sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia dijual pada harga $34,750 (kira-kira RM144,525).

Previous post

Isuzu D-Max Auto Plus 4X2 1.9L Dilancarkan - RM100,999

Next post

JMC Vigus Pro 4X4 Dilancarkan Pada Harga RM98,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *