Berita Auto

Honda City Hatchback Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Honda Malaysia menyiarkan video teaser untuk Honda City Hatchback, sekaligus mengesahkan desas-desus bahawa model itu akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, City Hatchback bakal hadir sebagai pengganti Jazz yang baru-baru ini telah dihentikan pengeluarannya di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka. Jangan salah anggap kerana Jazz (atau Fit) masih lagi ada, cuma untuk model generasi keempat, ia hanya ditawarkan di pasaran-pasaran tertentu seperti Jepun dan Eropah.

Video teaser berdurasi 10 saat itu menunjukkan sebuah City Hatchback dalam spesifikasi RS e:HEV yang berkemungkinan akan diposisikan sebagai varian tertinggi dalam barisannya seperti City RS e:HEV. Selain kit badan RS yang sporty, ia dijangka mempunyai trenkuasa hibrid yang sama dengan kembar sedannya iaitu enjin 1.5-liter yang digandingkan dengan sistem hibrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD).

Sementara itu, varian-varian yang lain akan menampilkan enjin 1.5-liter i-VTEC empat silinder yang dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan. Kami menjangkakan yang Honda Malaysia akan menawarkan City Hatchback dalam varian dan spesifikasi yang sama dengan City iaitu S, E, V dan RS e:HEV.

City Hatchback diperkenalkan buat pertama kali pada November tahun lalu di Thailand, di mana ia dijual dalam varian S+, SV dan RS. Apa yang menarik, ketiga-tiganya dikuasakan oleh enjin turbo 1.0-liter tiga silinder dengan pilihan transmisi CVT atau manual.

Previous post

Land Rover Defender Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Honda Civic Si 2022 - Sedan Berjiwa Type R

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *