Motosikal / Lain Lain Roda

EMOS Dilantik Pengedar Eksklusif Kawasaki Di Malaysia

Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat dan pengedar Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), telah dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan hari ini (1 Oktober), syarikat itu berkata pelantikan ini merangkumi pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti ‘recall’ jika diperlukan.

Bagi melancarkan lagi proses ambil alih, EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan yang turut dibantu oleh KMSB Motors Sdn. Bhd. Dalam tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki masih boleh kembali ke mana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

Pengumuman dari EMOS ini dibuat selepas KMSB Motors Sdn. Bhd. mengesahkan bahawa ia akan menghentikan operasi pengedaran motosikal Kawasaki di Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober. Syarikat itu yang sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. akan menceburi bidang perniagaan baharu.

Previous post

Sah! KMSB Henti Edar Motosikal Kawasaki Mulai 1 Oktober 2021

Next post

Volvo Car Malaysia Lancar Progam Jaminan Alat Ganti Sepanjang Hayat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *