Berita Auto

Volvo Car Malaysia Perluas Program Kereta Pra Milik

Volvo Car Malaysia kini sedang memperluaskan program kereta pra miliknya, Volvo SELEKT, kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui wakil jualan sah Western Circle (PG) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang yang turut tersenarai dalam Carlist.my.

Volvo SELEKT dilancarkan pada tahun 2020 untuk menawarkan kereta Volvo pra milik yang berkualiti kepada pelanggan serta perkhidmatan cemerlang tanpa kompromi. Ditawarkan sebelum ini secara eksklusif di Sisma Auto Glenmarie, Western Circle akan menjadi pengedar Volvo yang kedua dibenarkan untuk menempatkan kereta SELEKT.

Terletak di lokasi strategik di Juru, Western Circle menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan di wilayah Utara dengan standard penjagaan terbaik dan mesra pelanggan, sepertimana yang ditetapkan oleh Volvo Cars.

Sebagai tambahan kepada pengedar fizikal, pelanggan juga boleh mencari dan membeli kereta Volvo sama ada di Volvo SELEKT atau kereta terpakai berkualiti Volvo dengan mudah dari kediaman masing-masing melalui Volvo Used Car Locator, sebuah platform atas talian yang mempamerkan inventori semua kereta pra milik Volvo yang terdapat di 14 pengedar seluruh Malaysia.

Volvo Selekt

Sebagai maklum balas kepada sambutan hangat, permintaan yang meningkat untuk kereta Volvo pra milik dan kemudahan melayari atas talian, Volvo Car Malaysia telah bekerjasama dengan iCar Asia untuk menyenaraikan semua model pra-milik yang ada dari wakil jualan sah Volvo terlibat melalui platform kereta terpakai, Carlist.my.

Menurut Charles Frump selaku Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia: “Apabila pelanggan membeli Volvo di bawah program Volvo SELEKT kami, mereka bukan hanya memiliki pengalaman membeli kereta berkualiti dengan harga yang berpatutan tetapi turut menerima banyak kelebihan dengan servis yang kualitinya dijamin. “

Semua kereta Volvo SELEKT telah menjalani pemeriksaan yang diluluskan oleh Volvo bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan penampilan. Proses pemeriksaan dan pemilihan hanya dilakukan oleh pengedar Volvo Car yang sah.

Oleh itu, setiap pengedar mempunyai kriteria yang sama untuk semua kereta pra milik dan melaksanakan rangkaian pemeriksaan serta kemas kini untuk memastikan bahawa semua kereta terpakai berkualiti Volvo dijaga bersesuaian dengan standard Volvo.

Selain itu, pemilik kenderaan Volvo SELEKT baharu akan menerima jaminan 12 bulan percuma dan pakej perkhidmatan penyelenggaraan 1 tahun (VSA 1), sebagai permulaan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program dan tawaran ini, sila kunjungi Volvo Car Malaysia Used Car Locator di https://selekt.volvocars.com.my.

Previous post

VinFast Berkerjasama Dengan Gotion High-Tech Untuk Menghasilkan Bateri LFP

Next post

Honda Malaysia Sasar Lancar Model Baharu Sebelum Akhir Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *