Hibrid, Elektrik, Hidrogen

TVS Motor Beli Saham Majoriti Syarikat Basikal Elektrik Dari Switzerland

Pengeluar motosikal terkemuka India iaitu TVS Motor Company mengumumkan bahawa ia telah membeli saham majoriti dalam EGO Movement, sebuah syarikat basikal dan skuter elektrik (e-basikal dan e-skuter) yang berpangkalan di Switzerland.

Pembelian secara tunai itu dilakukan menerusi anak syarikatnya di Singapura, TVS Motor (Singapore) Pte Ltd, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menyertai perniagaan e-mobiliti dan juga meningkatkan kesedaran jenama TVS di Eropah yang dikatakan ‘nadi’ lanskap e-mobiliti.

EGO Movement

Diketuai oleh pengasas bersama Daniel Meyer dan Marie So, EGO Movement dilihat sebagai rakan niaga yang sesuai dan tepat untuk TVS memandangkan ia mempunyai portfolio produk yang terdiri daripada pelbagai jenis e-basikal dan e-skuter dengan rekaan bergaya dan juga teknologi terkini.

Antaranya adalah penggunaan bateri lithium-ion berkuasa tinggi yang boleh dicabut, tork sensor, port USB pada pek bateri serta lampu LED automatik. Selain itu, produk EGO juga mempunyai reka bentuk ergonomik dan posisi menunggang yang selesa, selain pernah merangkul anugerah berprestij seperti Red Dot Award.

EGO Movement

Bukan itu sahaja, EGO juga mempunyai rangkaian jualan yang terdiri daripada 11 buah kedai di Switzerland, Jerman dan Liechtenstein. Syarikat itu merancang untuk memperkembangkan perniagaannya ke seluruh Eropah, selain menyediakan platform dalam talian yang lancar.

Previous post

Ferrari F8 Spider Talaan Novitec Mempunyai 802 hp, 898 Nm

Next post

Edisi Mitsubishi Triton Ralliart Mungkin Datang Satu Hari Nanti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *