Berita Auto

Toyota Laser Motor PJ Ambil Berat Tentang Pelanggan, Pasang Filem Antimikrob Rikeguard

Dalam satu langkah untuk mendemonstrasikan sikap mengambil berat terhadap pelanggan dan pelawat mereka, Toyota Laser Motor PJ telah memasang filem antimikrob Rikeguard di premis mereka di Seksyen 19 Petaling Jaya untuk perlindungan pelanggan mereka.

Rikeguard, filem antimikrob yang dihasilkan di Jepun adalah filem perlindungan No.1 Jepun dan diedarkan secara eksklusif oleh Jasa Sarjana di Malaysia. Jasa Sarjana bekerja rapat dengan rakan perniagaan mereka di Jepun untuk memformulasikan dan mengedar Rikeguard dan teknologi filem keselamatan yang lain di rantau ini bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Filem ini kini dipasang di permukaan-permukaan yang sering disentuh di bilik pameran Toyota Laser Motor PJ, salah satu pusat Jualan, Servis dan Badan & Cat Toyota terbesar dan paling ikonik di Malaysia. Terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya, ia merupakan sebuah fasiliti yang luas mempamerkan barisan lengkap model-model Toyota di Malaysia.

Disebabkan saiz dan pamerannya yang lengkap, bilik pameran Toyota ini sangat popular dan menerima jumlah pengunjung yang tinggi. Dan dalam keadaan semasa, bilangan pengunjung yang ramai sudah tentu akan menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan dan pendedahan mereka terhadap pelbagai permukaan di pusat berkenaan.

Toyota Laser Motor PJ dan Jasa Sarjana telah bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan mereka terjaga dengan memasang filem antimikrob yang canggih dan memiliki ciri-ciri perlindungan terbaik untuk pengunjung mereka. Rekaan terkini Rikeguard memberikan aksi antimikrob yang efektif dan kekal lama. Dengan pemasangan Rikeguard, 99.99 peratus virus dan bakteria dineutralkan apabila bersentuhan dengan permukaan.

Perlindungan ini dapat bertahan 24/7, menjadikan permukaan yang dilindungi selamat disentuh. Dan dengan perakuan daripada SIAA Japan, University of the West of Scotland dan SIRIM, Rikeguard diperakui oleh agensi-agensi berkaitan untuk memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat.

Hasilnya, permukaan-permukaan di bilik pameran Toyota Laser Motor PJ selamat disentuh setiap masa. Ini adalah keputusan yang menunjukkan sikap mengambil berat terhadap ketenangan minda pelanggan, untuk menjamin dan memastikan Toyota Laser Motor PJ mengambil berat tentang keselamatan dan kemudahan kepada semua pelanggan dan pengunjung.

Dengan Rikeguard, permukaan yang terbuka akan sentiasa selamat daripada virus dan bakteria kerana virus dan bakteria tidak dapat bertahan apabila bersentuhan dengan filem tersebut.

Dengan pemasangan Rikeguard, pengunjung dan pelanggan kami boleh mengunjungi bilik pameran Toyota Laser Motor di Seksyen 19, Petaling Jaya dengan penuh keyakinan.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan dan pemasangan filem antimikrob di lokasi perniagaan anda, dan untuk menikmati ketenangan minda mengetahui 99.99 peratus antimikrob, sila hubungi Jasa Sarjana.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rikeguard dan produk-produk lain, sila layari laman web www.ice-u.com.my/rikeguard.

Previous post

Kawasaki Z650RS - Jentera Moden Retro Saiz Pertengahan

Next post

Modenas Pulsar NS200 Kini Dalam Tiga Warna Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *