Undang - Undang

Tempoh Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Dilanjutkan

Bawa bertenang, Menteri Pengangkutan Datuk Dr Wee Ka Siong telah umumkan tarikh tutup pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Dengan pelanjutan ini, kita tidak perlu risau tentang apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap kita yang mempunyai lesen memandu Malaysia yang sudah tamat tempoh oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Walau bagaimana pun, “Pemandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah habis tempoh masih terpaksa memastikan bahawa insurans kenderaan mereka adalah sah.

“Mereka mesti menunjukkan nota e-cover insuran mereka untuk diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya pada sidang media hari ini (Jumaat).

Pada Ogos, JPJ memaklumkan bahawa semua pengguna jalan raya mesti memperbaharui lesen mereka pada 30 September dan pemeriksaan pematuhan dan penguatkuasaan akan bermula 1 Oktober.

Lesen ini merangkumi Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Bermotor (LKM atau cukai jalan), Lesen Memandu Barang (GDL) dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Mangsa banjir di Yan, Kedah yang mana dokumen JPJ milik mereka telah musnah akan diberi ganti secara percuma.” tambah Dr Wee. Mereka yang terlibat mesti membuat laporan polis terlebih dahulu dan membawanya bersama ke kaunter JPJ untuk pengesahan.

Bayaran gantian untuk lesen memandu adalah RM20, cukai jalan untuk kereta (RM50) dan motosikal (RM20)

Previous post

BMW Motorrad CE 02 Konsep Untuk Menarik Minat Kanak-Kanak

Next post

Jualan Perodua Melonjak Kepada 6,988 Unit Pada Ogos

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *