Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka Di Bukit Raja, Klang

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), bersama dengan rakan pengedar MN Wheels Sdn Bhd baru-baru ini merasmikan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Mitsubishi Motors di Bukit Raja, Klang.

Dibina di atas kawasan berkeluasan 5,000 kaki persegi, pusat 3S ini mempunyai kemudahan seperti ruang rehat pelanggan yang selesa, Wifi dan juga bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga dua buah kenderaan pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat juga pusat servis yang cukup lengkap yang menyediakan tiga ruang kerja untuk membaik pulih setiap kenderaan Mitsubishi. Pusat 3S baharu ini beralamat di No. 36, Jalan Astaka 4, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang Selangor.

Ini merupakan bilik pameran Mitsubishi Motors kedua yang dibuka oleh MN Wheels selepas cawangan pertama yang terletak di Kuala Selangor. Kedua-duanya menampilkan identiti korporat terbaharu Mitsubishi dengan slogan global ‘Drive Your Ambition’.

“Tahniah diucapkan kepada MN Wheels kerana membuka satu lagi bilik pameran Mitsubishi Motors di Selangor. Kami berada di dalam persekitaran perniagaan yang sangat mencabar dan walaupun demikian, MN Wheels berjaya menyiapkan pembinaan bilik pameran dengan identiti visual baharu kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Menurut beliau lagi, dengan jualan yang berkembang dengan pesat dan dijangka meningkat dalam tahun-tahun mendatang, syarikat merancang untuk membuka satu bilik pameran setiap suku tahun kewangan 2021 dalam usahanya untuk memenuhi permintaan pelanggan dari segi jualan dan selepas jualan. (Tahun kewangan 2021 MMM bermula dari April 2021 hingga Mac 2022).

Previous post

Dalaman Hyundai Casper Didedahkan Menjelang Pelancaran

Next post

Ferrari F8 Spider Talaan Novitec Mempunyai 802 hp, 898 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *