Cerita Auto

Program Loyal-T Toyota Janji Lebih Nilai Dan Ganjaran

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan Program Loyal-T Toyota yang menjanjikan lebih banyak nilai dan ganjaran serta keselesaan tambahan untuk dinikmati oleh semua pelanggan Toyota.

Dengan program ini, semua pelanggan Toyota akan memperolehi mata ganjaran ketika membuat pembelian kenderaan, servis kereta, pembelian alat ganti, pembaharuan insurans serta baik pulih cat dan badan di semua cawangan rasmi Toyota seluruh negara.

Pelanggan boleh menggunakan mata yang terkumpul untuk menukarnya kepada baucar e-servis yang boleh dituntut dan digunakan bagi servis akan datang. Program ini menggantikan program Toyota Merit sebelum ini yang berakhir pada Jun lalu.

Untuk mendaftar dalam Program Loyal-T Toyota ini, muat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive dari Google Play Store atau Apple App Store. Pelanggan akan diminta untuk mendaftarkan perincian mereka dengan Toyota. Semua maklumat yang diberikan dijamin selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Can-U-Afford-A-Crossover-Toyota-Corolla-Cross-Media-Drive-Malaysia-Launch-1.8G-and-1.8V-6.2

“Sejak sebelum ini, kami telah melaksanakan pelbagai usaha tambah nilai dan mempertingkatkan mutu khidmat untuk meningkatkan lagi keselesaan pelanggan. Semua usaha itu, dan banyak lagi di masa akan datang, adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap jenama ini,” Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata konsep dan skim ganjaran ini berserta struktur keahlian menyeluruhnya telah menjadi pertalian jangka panjang antara Toyota dan pelanggan selama ini.

“Membeli kenderaan Toyota adalah satu permulaan. Seperti juga mana-mana perhubungan, anda akan melalui fasa berkenalan. Setelah mengenali satu sama lain dengan lebih baik, kepercayaan akan terbangun, dan hubungan itu akan bertambah kuat setelah itu. Orang boleh datang dan pergi, tetapi pertaliannya akan terus kekal,” ujar beliau.

Previous post

Harga Kereta Baharu Akan Meningkat Lebih Tinggi Pada 2022

Next post

Volvo Menuju Ke Arah Bebas Kulit Bermula Dengan C40 Recharge

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *