Motosikal / Lain Lain Roda

Pameran Maya Tayar Motosikal Michelin Masuk Edisi Kedua

Susulan kejayaan edisi pertamanya, pameran maya Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition kini hadir dengan edisi yang kedua. Dengan slogan ‘The Journey Continues’, pameran maya ini membawakan antara muka yang lebih sempurna, zon-zon interaktif baharu, serta pelbagai inovasi tayar motosikal Michelin yang terkini. Acara global yang diadakan dalam talian ini akan berlangsung selama 24 jam sehari mulai hari ini sehingga akhir tahun 2021.

Antara rangkuman baharu yang dapat disaksikan dalam pameran maya ini adalah pengintegrasian The Michelin Guide, yang memperlihatkan pengaruh Michelin sebagai perintis yang turut cemerlang di luar dunia tayar. Turut dipamerkan adalah sejarah penglibatan Michelin dalam FIM MotoE World Cup, komitmennya untuk membekalkan mobiliti yang lebih selamat, bersih, dan berprestasi tinggi, serta pengenalan tayar-tayar motosikal baharu iaitu Michelin Anakee Street dan Michelin Road Classic.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Komersial Dwi-Tayar Michelin bagi Asia, berkongsi: “Pameran maya yang kedua ini bukan sahaja membolehkan para pengunjung menyingkap inovasi tayar motosikal Michelin, malah turut berpeluang untuk meneroka perkembangan Michelin di benua Asia dan serata dunia.”

Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition edisi kedua menampilkan enam dewan seperti berikut:

  • The Michelin Guide – membekalkan segala maklumat yang anda perlukan untuk menikmati pengalaman kulinari yang mengujakan
  • Launch Area – mempamerkan dua produk baharu iaitu Michelin Anakee Street dan Michelin Road Classic
  • Product Display – menawarkan perincian mengenai semua tayar motosikal Michelin
  • Technology & Performance – memperincikan teknologi-teknologi canggih dengan konsep rekaan baharu
  • MotoGP & Motorcycle Racing Strategy – menyingkap hubungan jangka panjang antara Michelin dan MotoGP, termasuk profil tayar motosikal, barisan penunggang musim 2021, pembabitan Michelin dalam MotoE dan pelabagai lagi
  • Partnership with Original Equipment Manufacturers – mendemostrasikan kuasa usaha sama yang dijalin dengan pengeluar motosikal terkemuka dunia, di samping mempamerkan pelbagai model motosikal yang menggunakan tayar Michelin

Kesemua konten ini akan disediakan dalam enam bahasa: Bahasa Inggeris, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, dan Vietnam.

Previous post

Jualan Proton Dijangka Pulih Dalam Empat Bulan Terakhir 2021

Next post

Itali Mahu Pengecualian Larangan Enjin Petrol Untuk Ferrari, Lamborghini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *