Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Pulsar NS200 Kini Dalam Tiga Warna Baharu

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan pilihan warna dan rekaan grafik baharu bagi model Modenas Pulsar NS200 iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey.

Motosikal ‘street bike’ keluaran Modenas ini pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 dan telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh negara.

Tiada sebarang perubahan mekanikal pada model ini, bermakna ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang 200 cc yang menghasilkan 24.5 PS pada 9,750 rpm dan 18.6 Nm pada 8,000 rpm. Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 12 liter.

Untuk sistem suspensi pula, NS200 dilengkapi dengan fork teleskopik dengan sesendal anti geseran pada bahagian hadapan dan penyerap hentak tunggal Nitrox dengan kanister pada bahagian belakang. Rimnya bersaiz 17 inci dan dibalut tayar berukuran 100/80 di hadapan dan 130/70 di belakang.

Sistem brek pula merangkumi cakera hidraulik 300 mm dengan ABS di hadapan dan cakera hidraulik 230 mm di belakang. Secara keseluruhannya, motosikal naked ini adalah seberat 158 kg.

Harga jualan yang disyorkan untuk Pulsar NS200 model 2021 adalah RM 9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan), iaitu sama seperti sebelum ini. Motosikal ini akan tersedia di semua bilik pameran Modenas yang bertauliah mulai Oktober depan.

Previous post

Toyota Laser Motor PJ Ambil Berat Tentang Pelanggan, Pasang Filem Antimikrob Rikeguard

Next post

Acura Integra Generasi Ke-5 Sah Hadir Sebagai Liftback Lima Pintu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *