Sukan

Lotus Emira GT4 – Jentera Lumba Ringan Terbaharu Dari Hethel

Lotus mungkin sedang rancak menuju ke arah era elektrifikasi namun ini tidak bermakna yang akan terus menghentikan aktiviti sukan permotorannya. Terbaru, pengeluar kereta sport British itu telah memperkenalkan jentera lumba Emira GT4 yang akan ditawarkan kepada pasukan-pasukan yang berminat bermula tahun hadapan.

Dibina berasaskan model pembakaran dalaman terakhir Lotus iaitu Emira, jentera ini menggantikan Evora GT4 yang pernah merangkul gelaran juara dalam pelbagai kejohanan termasuk British GT, Dubai 24 Hours, Barcelona 24 Hours, European GT, Sepang 12 Hours dan juga Pirelli World Challenge.

Emira GT4 dibangunkan dengan kerjasama RML Group, sebuah syarikat kejuruteraan yang terlibat dalam sukan permotoran sejak 1980an. Setiap unit akan dibina dengan tangan dengan komponen-komponen ringan dan kelengkapan terkini bagi memastikan ia mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh badan perlumbaan.

Setakat ini, Emira GT4 masih dalam fasa konsep dan spesifikasi lengkapnya masih belum didedahkan namun apa yang pasti, ia mempunyai badan yang diperbuat daripada bahan komposit dan menggunakan enjin supercharged 3.5-liter V6 keluaran Toyota.

Bukan itu sahaja, aspek aerodinamiknya turut dipertingkatkan bagi mendapatkan prestasi dinamik terbaik serta kestabilan pada kelajuan yang tinggi.

Menurut Lotus, Emira GT4 akan dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini di litar ujian Hethel, yang merupakan lokasi utama untuk pembangunan dan ujian kereta-kereta keluaran Lotus.

Previous post

Itali Mahu Pengecualian Larangan Enjin Petrol Untuk Ferrari, Lamborghini

Next post

Honda Malaysia Lancar Kempen "I'm Vaccinated"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *