Bisnes

Honda Malaysia Sasar Lancar Model Baharu Sebelum Akhir Tahun

Honda Malaysia, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, mengumumkan bahawa ia bersedia untuk mengembalikan momentum perniagaannya untuk empat bulan terakhir 2021 dengan melancarkan beberapa model baharu, inisiatif pembiayaan serta kempen promosi.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-7

Selaras dengan pembukaan semula industri automotif di bawah Pelan Pemulihan Negara, operasi kilang pemasangan Honda Malaysia di Melaka dan bilik pameran telah pun disambung dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

“Kami berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa demi menyelamatkan orang ramai dan melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

Honda Malaysia

Tambah beliau lagi, dalam proses penyambungan semula operasi, syarikat melakukan perancangan teliti dan mengambil langkah-langkah pencegahan ketat bagi melindungi bagi melindungi kakitangan dan juga pelanggan. Ini termasuklah ujian calitan untuk kakitangan syarikat setiap dua minggu, serta sanitasi dan pembersihan premis secara kerap.

Setakat ini, sebanyak 80 peratus kakitangan Honda Malaysia telah sudah menerima suntikan vaksin yang lengkap menerusi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Syarikat itu mensasarkan untuk mencapai kadar vaksinasi lengkap kepada semua pekerjanya menjelang Oktober tahun ini.

Bagi mendapatkan semula momentum, Honda Malaysia bakal memperkenalkan model-model baharu yang dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dalam bulan-bulan mendatang. Pelancaran ini akan memberikan pelanggan lebih banyak pilihan sebelum tempoh pengecualian cukai jualan berakhir pada 31 Disember 2021.

Selain itu, Honda Malaysia juga menjalankan promosi istimewa sepanjang bulan ini, dengan faedah bernilai sehingga RM6,000. Pada masa yang sama, syarikat itu turut memperkenalkan program pembiayaan istimewa sehingga 31 Disember. Inisiatif ini membolehkan pelanggan membeli kereta baharu dengan ansuran bulanan yang rendah pada peringkat awal pemilikan.

Pelanggan kini boleh membuat tempahan dengan bayaran serendah RM99 menerusi platform pra-tempahan dalam talian Honda yang disediakan menerusi laman web rasmi syarikat itu. Selain itu, aplikasi HondaTouch pula membolehkan pelanggan Honda membuat janji temu servis dengan lebih mudah dan cepat.

Previous post

Volvo Car Malaysia Perluas Program Kereta Pra Milik

Next post

Peugeot 505 4 × 4 Pernah Wujud Di Beberapa Pelusuk Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *