Promosi / Tawaran / Peraduan

Honda Malaysia Lancar Kempen “I’m Vaccinated”

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen proaktif “I’m Vaccinated” yang bertujuan memberikan pelanggan dan pengedar keyakinan dan jaminan keselamatan di semua bilik pameran Honda di seluruh negara.

Menurut syarikat itu, setakat ini 80 peratus daripada pengedarnya telah divaksin sepenuhnya dan hanya mereka yang lengkap divaksin dibenarkan untuk bertugas. Honda Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan vaksinasi wakil pengedar mereka menjelang Oktober tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, “Kami berterima kasih kerana pengeluaran kereta kami telah kembali beroperasi dan pengedar Honda boleh menjalankan jualan dan perkhidmatan selepas jualan.”

Tambah beliau, menerusi kempen ini, kakitangan pengedar yang telah menerima suntikan vaksin yang lengkap dan melepasi tempoh 14 hari daripada dos kedua akan diberikan lencana dan pelitup muka yang direka khas dengan logo ‘I Am Fully Vaccinated’.

Chujo berkata inisiatif ini diharap dapat meningkatkan keyakinan pelanggan ketika berinteraksi dengan pengedar Honda, selain menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Berikutan penyambungan semula aktiviti jualan, Honda Malaysia juga melancarkan Program Kakitangan Kerajaan (Government Staff Program), di mana kakitangan kerajaan dan pasangan berpeluang mendapatkan Jazz dan BR-V dengan faedah tambahan.

Honda Malaysia I'm Vaccinated Kempen

Faedah yang menanti termasuk diskaun sehingga RM1,000 dan juga pelbagai promosi bulanan dari 1 September hingga 31 Oktober 2021. Pelanggan yang merupakan kakitangan kerajaan perlu menyediakan salinan surat tawaran dan kad identiti masing-masing untuk proses pengesahan semasa pendaftaran.

Bukan itu sahaja, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia juga mengadakan promosi September Special dari 1 hingga 30 September 2021 yang menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM6,000.

Previous post

Lotus Emira GT4 - Jentera Lumba Ringan Terbaharu Dari Hethel

Next post

Ford Ranger Generasi Baharu Diacah, Akan Dilancarkan Tahun Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *