Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Generasi Baharu Diacah, Akan Dilancarkan Tahun Depan

Kempen teaser untuk Ford Ranger generasi baharu akhirnya bermula dengan syarikat itu menyiarkan dua keping gambar dan sebuah video berdurasi 1 minit 20 saat yang menunjukkan trak itu sedang dilenjan.

Seperti yang dilihat, Ranger tersebut masih memakai pelekat penyamaran namun gambar-gambar ini sedikit sebanyak memberikan bayangan mengenai reka bentuk trak pikap itu. Apa yang pasti, ia akan hadir dengan rekaan lampu bertindih dengan lampu nyalaan siang LED seperti yang terdapat pada F-150.

Video tersebut pula menunjukkan Ranger sedang menjalan ujian dinamik di atas beberapa jenis permukaan yang mencabar seperti lumpur, batu, pasir dan salji. Malah, ia juga dilihat melakukan aksi ‘drift’ seperti sebuah kereta sport sebenar. Menurut Ford, ujian ini dilakukan di Australia dan New Zealand.

Ford Ranger Teaser

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ranger generasi baharu ini akan hadir dengan barisan enjin sedia atau enjin baharu. Namun, terdapat laporan yang mengatakan Ford sedang membangunkan varian hibrid plug-in yang menggunakan enjin turbo petrol 2.3-liter dan sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 362 hp dan 680 Nm.

Selain itu, varian Raptor juga dikatakan akan hadir dengan enjin 3.0-liter twin-turbo V6 yang menghasilkan 400 hp dan 563 Nm. Untuk perbandingan, Ranger Raptor sedia ada mempunyai 210 hp dan 500 Nm yang dibekalkan oleh enjin biturbo 2.0-liter.

Ranger baharu ini akan diperkenalkan sepenuhnya pada akhir tahun ini dan akan dilancarkan ke pasaran bermula tahun hadapan.

Previous post

Honda Malaysia Lancar Kempen "I'm Vaccinated"

Next post

Lexus RC F Kekal Dengan Fuji Speedway Edition Untuk 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *