Berita Auto

EMAEP Bolehkan Pekerja Sime Darby Tukar Kereta Setiap Tahun

Sime Darby Motors (SDM) mengumumkan pelancaran Employee Mobility at Ease Programme (EMAEP), sebuah program mobiliti inovatif yang terbuka untuk semua kakitangan Sime Darby Berhad dan anak syarikatnya di Semenanjung Malaysia.

Di bawah program ini, kakitangan Sime Darby boleh memiliki kereta terpakai dan kereta francais SDM tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan atau dengan bayaran minimum. Ini membolehkan mereka memiliki kenderaan tanpa perlu menghadapi kerumitan yang sering dihadapi dengan pembelian kereta secara tradisional.

Malah, mereka yang membeli kenderaan menerusi program EMAEP hanya perlu membayar jumlah tetap setiap bulan untuk tempoh setahun. Bayaran bulanan itu bukan sahaja merangkumi kenderaan tersebut, tetapi juga insurans, cukai jalan, penyelenggaraan dan ‘wear and tear’.

Lebih penting lagi, program ini melindungi pembeli daripada penyusutan nilai yang tidak dijangka akibat pelbagai faktor di luar kawalan mereka.

Tidak seperti kebanyakan pemilik kereta di Malaysia yang terikat dengan perjanjian selama lima hingga sembilan tahun, kakitangan Sime Darby yang menggunakan program ini diberi kebebasan untuk menaik taraf atau menukar kepada model berbeza apabila mereka memulangkan semula kereta tersebut kepada Sime Darby Auto Selection (SDAS).

Laman web SDAS menawarkan sehingga 300 unit kereta terpakai berkualiti tinggi yang tidak terhad kepada jenama francais yang bernaung di bawah SDM. Laman web tersebut juga mempunyai pelbagai ciri yang membolehkan pengguna menetapkan tarikh pemeriksaan kereta, membuat janji temu servis dan pandu uji, serta mengetahui promosi terkini.

Previous post

Vespa Sprint S 150 Kini Dengan Papan Pemuka TFT - RM19,900

Next post

SPRM Siasat Pengurus Syarikat Kereta Nasional Jual Kereta Murah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *