Motosikal / Lain Lain Roda

Bagaimana Bantuan Tepi Jalan Allianz General Membantu Penunggang Motosikal

Dengan pengenalan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi motosikal komprehensif (bawah 250 cc) pada bulan lalu, Allianz General meyakinkan penunggang motosikal tidak lagi perlu rasa terpinggir atau terabai.

Bercakap di sidang meja bulat ‘Crash, Boom, Bang! Bahagian Kedua – The “Little Guys” and The Big Picture Behind Roadside Assistance for Motorcyclists’ yang diadakan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang berkata perkhidmatan tersebut memberikan perkhimatan tambah nilai yang lebih baik seperti bantuan trak tunda kecemasan (percuma hingga 50km, dua hala), penghantaran minyak, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

“Kita semua sering melihat penunggang motosikal tersadai atau lebih teruk lagi, terlibat dalam kemalangan, dan setiap kali, pasti ada penunggang motosikal lain yang menawarkan bantuan di lokasi kejadian. Kini, dengan perkhidmatan bantuan tepi jalan kami, pelanggan kami tahu dalam apa jua keadaan, mereka hanya perlu menghubungi kami,” kata Sean.

Sean Wang CEO Allianz General

“Sebagai penanggung insurans, kami harus sentiasa bersedia untuk pelanggan kami. Itu sahaja. Di saat kebanyakan syarikat lain yang tidak mengendahkan perkhidmatan seperti ini kerana ia tidak menguntungkan, kadang-kala, tidak ada salahnya untuk memberikan yang lebih baik lagi. Ini adalah cara kami untuk menghargai pelanggan kami dan memberitahu mereka bahawa kami bersama mereka ketika mereka memerlukan,” tambah Sean.

Bantuan trak tunda kecemasan akan diberikan menerusi Allianz Road Rangers yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2017. Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata syarikat membayangkan situasi dimana penunggang boleh memanfaatkan bantuan tepi jalan sebelum mengembangkan konsep pengalaman pelanggan untuk penunggang motosikal.

Motor-Insurance-Fraud-Allianz-Road-Rangers-3.0

Perkhidmatan tersebut menampilkan titik sentuh berikut:

  • Bantuan talian 24-jam
    Jika berlaku kemalangan, pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif) boleh hubungi 1-800-22-5542 untuk bantuan di lokasi dari juruteknik atau trak tunda, kerja pembaikan, atau untuk perkhidmatan trak tunda.
  • Trak tunda Allianz Road Rangers
    Allianz Road Rangers akan menyediakan bantuan trak tunda kecemasan untuk penunggang motosikal (percuma sehingga 50km, dua hala), penghantaran minyak, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.
  • Baucar e-hailing
    Pelanggan juga akan menerima baucar e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari kawasan kemalangan dan penghantaran pulang ke rumah (di mana perkhidmatan disediakan).

“Matlamat kami mudah – menawarkan penyelesaian segera untuk isu yang biasa terjadi seperti membaiki tayar pancit atau menghantar minyak yang membolehkan penunggang untuk meneruskan perjalanan mereka dan jika terdapat keperluan, sediakan mereka dengan bantuan trak tunda untuk dihantar ke sebuah bengkel atau lokasi yang diingini dan tiba ke rumah dengan selamat,” kata Damian.

kemalangan moto kereta 2

MIROS: Perubahan sikap dan budaya penunggang ialah cara terbaik untuk menangani kemalangan jalan raya

Penunggang motosikal juga adalah yang paling banyak mengalami kemalangan dan kecelakaan di Malaysia. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2020, sementara kemalangan jalan raya menurun sebanyak 26 peratus pada tahun lepas kerana sekatan perjalanan COVID-19, masih terdapat 418,237 kemalangan dan 4,634 kecelakaan jalan raya, dengan kebanyakkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal dengan 3,118 kematian.

Panel jemputan untuk meja bulat media, Azhar Hamzah, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata secara puratanya, kemalangan jalan raya adalah 20 peratus, tetapi penunggang dan pembonceng motosikal adalah yang paling banyak terkesan dari segi kecederaan, dengan lebih 60 peratus kematian setiap tahun. Azhar juga menyebut statistik PDRM yang terbaru telah menunjukkan peratus tertinggi kematian penunggang motosikal sebanyak 36 peratus, yang melibatkan penunggang motosikal berusia 16-25 tahun.

Azhar juga berkongsi bagaimana penunggang motosikal boleh meminimumkan kemungkinan kemalangan dengan menggunakan panduan praktikal asas.

Tips Menunggang dengan Selamat untuk Motosikal

  • Sihat untuk menunggang. Elakkan dari menunggang ketika anda kepenatan, dan jika anda tidak sihat, pilih pengangkutan yang lain.
  • Patuhi had laju dan peraturan lalu lintas yang tepat. Berhenti di lampu merah.
  • Berwaspada dengan kemungkinan bahaya di persimpangan dan lengkungan jalanraya.
  • Gunakan daytime running lamp (DRL) ketika siang dan vest reflektif di waktu malam.
  • Elakkan titik buta semampu mungkin.
  • Gunakan laluan motosikal khas atau yang disediakan ketika perlu. Menjauhkan diri dari pengguna jalan raya yang lain terbukti berjaya mengurangkan kemungkinan kemalangan.
  • Ikut jadual penyelenggaraan anda. Motosikal yang diselenggara dengan baik ialah kunci dalam memastikan keselamatan penunggang.
  • Tunggang motosikal dengan berhati-hati ketika di lebuhraya dan percayakan kemahiran menunggang anda.

Pengguna (80.6 peratus), persekitaran (13.2 peratus), dan kenderaan (6.2 peratus) adalah tiga faktor utama yang mengakibatkan kemalangan. Perubahan tabiat tingkah laku dan peningkatan kesedaran keselamatan ialah cara yang paling cepat untuk pengguna menjadi lebih selamat di jalan raya. Perubahan yang mudah, dan boleh dilakukan seperti mengawal kelajuan, mematuhi peraturan trafik seperti berhenti di lampu merah, dan etika menunggang secara keseluruhan boleh membawa kepada perubahan yang besar.

Tambah Azhar lagi, penggunaan alat pelindung diri (PPE) seperti helmet, jaket menunggang dan kasut bertutup boleh melindungi penunggang daripada impak sekaligus dapat mengurangkan kecederaan.

Previous post

Mazda CX-9 Edisi Ignite Sudah Kini Di Malaysia

Next post

Chevrolet Silverado Kini Ditawarkan Dalam Versi ZR2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *