Sukan

Toyota Gazoo Racing Juara Kategori Hypercar 24 Jam Le Mans

Toyota Gazoo Racing mencatat sejarah apabila menjadi pasukan pertama yang memenangi kategori Hypercar di kejohanan 24 Jam Le Mans di Circuit de la Sarthe pada hujung minggu lalu. Lebih hebat lagi, jentera GR010 Hybrid pasukan itu menamatkan saingan di kedudukan 1-2 walaupun berdepan pelbagai isu mekanikal sepanjang perlumbaan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-60

Gelaran juara menjadi milik Mike Conway, Kamui Kobayashi dan José María López yang berjaya melengkapkan 371 pusingan di dalam jentera No.7. Mereka memulakan perlumbaan di petak pertama dan mendahului saingan untuk hampir sepanjang perlumbaan biarpun mengalami masalah tayar pancit sebanyak dua kali.

Sementara itu, jentera No.8 yang dipandu oleh juara bertahan Sébastien Buemi, Kazuki Nakajima dan Brendon Hartley berpuas hati di tempat kedua. Cabaran yang dihadapi oleh trio berpengalaman itu lebih besar apabila ketinggalan jauh di belakang kelompok pesaing selepas dilanggar oleh jentera Glickenhaus No. 708 pada pusingan pertama.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa berlumba dengan rim yang rosak dan tayar yang pancit untuk beberapa ketika berikutan pelanggaran dengan pesaing. Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan mula membasahi litar pada jam keenam perlumbaan. Ini menyebabkan berlakunya beberapa pelanggaran dan perlumbaan tertunda selama 20 minit di belakang kereta keselamatan.

Masuk ke jam yang ke-12, Kamui yang mendahului perlumbaan di dalam jentera No.7 terus melebarkan jurang dengan perbezaan lebih 30 saat di hadapan Brendon yang memandu jentera No.8. Bagaimanpun, isu sistem bahan api memaksa jentera No.8 untuk masuk ke pit lebih awal bagi setiap sesi mengisi minyak bagi membolehkan pasukan mencari jalan penyelesaian.

Situasi menjadi lebih mencemaskan apabila jentera No.7 turut mengalami masalah yang sama di peringkat akhir perlumbaan. Namun, dengan kelebihan empat pusingan di hadapan jentera Alpine dan strategi komunikasi yang berkesan antara pemandu dan jurutera perlumbaan, isu tersebut berjaya dikawal hingga tamat perlumbaan. Kedua-dua jentera melintasi garisan penamat sebelah menyebelah, sekaligus menjadikan kejayaan bersejarah Toyota Gazoo Racing ini lebih manis.

Previous post

2022 Infiniti QX80 Dapat Sistem Infotainment Baharu

Next post

BMW 1 Series, 2 Series GC Kini Boleh Didapati Dalam Warna Individual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *