Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki V-Strom 650XT Dilancarkan Di Malaysia

Peminat motosikal kembara tempatan pastinya gembira mengetahui salah satu daripada enam model berkapasiti tinggi yang dibawa masuk oleh Suzuki Malaysia adalah V-Strom 650XT. Merupakan pesaing terdekat Kawasaki Versys 650 dan Honda CB500X, V-Strom 650XT dijual pada harga RM37,989 termasuk jaminan dua tahun/20,000 km.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-68

Model ini boleh didapati dengan skema warna Candy Daring Red/Glass Sparkle Black, dengan rim jejari aluminium berwarna hitam yang dibalut tayar dual-sport tanpa tiub berukuran 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Suzuki V-Strom 650XT

Pelindung tangan, pelindung bahagian bawah enjin dan cermin penghadang angin dengan tiga tahap pelarasan adalah antara beberapa ciri kembara yang disertakan pada model ini. Jika ini tidak mencukupi, pelanggan boleh mendapatkan kelengkapan yang ditawarkan secara opsyen seperti kotak ‘side case’ dan ‘top case’, pelindung enjin, tempat duduk profil tinggi atau rendah serta pemanas pemegang bar hendal.

V-Strom 650XT dikuasakan oleh enjin V-berkembar 645 cc dengan teknologi penyejukan cecair yang menghasilkan 71 PS pada 8,800 rpm dan 62 Nm pada 6,300 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi enam kelajuan yang mempunyai nisbah gear 1 hingga 5 yang rapat dan gear 6 yang tinggi.

Sistem suspensi terdiri daripada fork 43 mm dengan pelarasan pramuatan di hadapan dan monoshock dengan pelarasan redaman lantunan di belakang. Sementara itu, kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera berkembar 310 mm dengan angkup dua piston Tokico di hadapan dan cakera 260 mm dengan angkup piston tunggal di belakang. ABS disertakan secara standard, seperti SV 650 dan Katana.

Untuk sistem elektronik pula, V-Strom 650XT didatangkan dengan Advanced Traction Control System yang mempunyai tiga mod kawalan cengkaman iaitu 1,2 dan Off. Mod 1 mempunyai tahap sensitiviti paling rendah, sesuai untuk penunggang yang mahir atau permukaan yang mempunyai cengkaman tinggi, manakala Mod 2 pula untuk permukaan yang licin. Turut disertakan adalah ciri Low RPM Assist dan Engine Control Module (ECM).

Previous post

Suzuki SV 650 Sertai Barisan Suzuki Malaysia

Next post

Honda HR-V Sport Hybrid Dipertingkatkan Untuk Jualan Terakhir Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *