Bisnes

Geely Auto Group Anggar Jualan Kereta Tahunan 3.65 Juta Menjelang 2025

Geely Auto Group bersiap sedia untuk ofensif produk global untuk mencapai sasaran besar pada tahun 2025.

Hanya dalam beberapa tahun, rakyat Malaysia bertukar dari berwas-was dengan Geely Auto Group yang tidak dikenali ketika itu hingga menyanjung tinggi produknya dalam bentuk Proton SUV mereka. Dan sambil Proton mencari-cari pasaran kecil yang belum diterokai untuk mengeksport kereta mereka, Geely telah membina jenama sendiri untuk ofensif produk global yang akan dimulakan pada 2025.

Selepas Group itu mengumumkan hasil separuh pertama 2021 mereka, mereka membuat pengumuman bahawa mereka akan menargetkan 3.65 juta unit kenderaan untuk dijual di bawah jenama utama dalaman mereka, iaitu Geely Auto, Lynk & Co, Zeekr dan Geometry.

Rancangannya adalah untuk mengembangkan jenama baharu dan segar sehingga Geely Auto Group menjadi pemimpin bahagian pasaran di dalam negara. Geely menjangkakan bahawa pada tahun 2025, 30% daripada 3.65 juta sasaran itu akan terdiri daripada kenderaan elektrik. Kira-kira 1,000,000 kenderaan elektrik yang dijual oleh Geely Group pada tahun 2025 sahaja, dan mereka mengatakan bahawa jenama Zeekr mereka akan mengambil sebahagian besar penjualan tersebut.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-59

Walaupun sasaran penjualan ini kebanyakannya ditujukan kepada penjualan domestik, Geely Auto mengatakan jenama mereka perlahan-lahan mendapat pengiktirafan di Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan dan juga di Rusia. Mereka juga masih meneruskan pengembangan Eropah Lynk & Co kepada perlangganan serta pengenalan jenama itu ke rantau Asia Pasifik melalui pengedar Volvo Car pada separuh kedua tahun ini. Sementara itu, Geometri digunakan oleh Geely untuk mengumpulkan sebahagian market share Eropah Timur dan Israel.

Inilah siaran media Geely Auto Group dengan lebih maklumat.

MEDIA RELEASE

Geely Auto Group announced at its 2021 H1 results media and investors conference that by 2025, the Group aim to achieve 3.65 million units in annual sales across the Geely Auto, Lynk & Co, Zeekr, and Geometry brands and expand its position as a marketshare leader amongst Chinese automakers. Among the Group’s 2025 target, electrified vehicles will account for 30% or over 1 million vehicles per year. The premium electric vehicle Zeekr brand will aim to achieve 650,000 units in annual sales by 2025. Globally, Geely Auto Group is continuing to expand its presence through the introduction of its Geely Auto, Lynk & Co, and Geometry brand products in new markets. The Geely Auto brand is steadily building its brand presence in Southeast Asia, the Middle-East, South America, and Russian markets with the introduction of its latest mild-hybrid and 3.0 generation models. In Europe, Lynk & Co is on schedule to expand its innovative subscription operation model and deliveries of its highly efficient hybrid power models. Lynk & Co will also announce its Asia-Pacific expansion plan in the second half of 2021. Geometry has also begun its global expansion with plans to offer its high-value mass-market models to Israeli and Eastern European consumers.

Previous post

Lebih 86 Peratus Pekerja Proton Sudah Divaksin Sepenuhnya

Next post

Adakah Bilik Pameran Kereta Dibuka Semula Dengan Potongan Harga

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *