Berita Auto

Program Kereta Terpakai Hyundai Promise Dilancarkan Di Malaysia

Boleh dikatakan hampir semua syarikat pengeluar kenderaan mempunyai program kereta terpakai atau pra-milik mereka sendiri pada masa kini. Ini adalah berita baik bagi pelanggan yang tidak mahu menanggung komitmen jangka masa panjang dengan membeli kereta baharu.

Mereka bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan kereta terpakai yang telah dipilih dan diperiksa secara teliti, malah mereka tidak lagi perlu berurusan dengan pengedar-pengedar kereta terpakai yang tidak jujur.

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini menjadi syarikat automotif terbaharu yang menyertai perniagaan kereta terpakai dengan programnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Hyundai Promise.

Hyundai Promise Program Kereta Terpakai

Menurut HSDM, hanya kenderaan yang tidak pernah terlibat dalam kemalangan utama layak untuk program ini dan setiap unit yang ditawarkan telah melalui proses pemeriksaan yang ketat (termasuk elektrikal dan mekanikal) oleh juruteknik terlatih bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang terbaik sebelum diluluskan dan diperakui.

Selain itu, kenderaan yang telah diluluskan dan diperakui didatangkan dengan waranti lanjutan (antara dua hingga tahun, bergantung kepada usia dan perbatuan) serta perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam.

Hyundai Promise Program Kereta Terpakai

Berminat? Kunjungi pusat Hyundai Promise yang beralamat di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam. Ia dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, dan dari 9 pagi hingga 12.30 tengahari setiap Sabtu.

Previous post

Volkswagen ID.5 GTX Akan Dilancarkan Dengan 295bhp

Next post

Tahniah! Satu Perkembangan Positif Dalam Industri Automotif Malaysia Dengan Memorandum Kerjasama MARii Dan PEKEMA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *