Bisnes

‘Lockdown’ Berpanjangan Jejas Rantaian Perniagaan Honda Malaysia

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo mengumumkan bahawa syarikat itu berjaya menjual sebanyak 5,700 unit kenderaan sahaja dari Mei hingga Julai tahun ini. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 52 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan jualan hampir 12,000 unit ketika PKP dan PKPP.

“Dengan hanya sesetengah perkhidmatan selepas jualan dibenarkan dan produksi dihentikan, tidak mengejutkan apabila jualan merudum,” katanya.

Honda Malaysia menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP sejak ia dilaksanakan pada Mac 2020.

Sejak Jun tahun ini, syarikat itu telah menghentikan operasi kilang pemasangan di Pegoh, Melaka, pejabat jualan dan semua bilik pamerannya bagi mematuhi pelaksanaan PKP penuh akibat peningkat drastik kes COVID-19.

Semasa tempoh ini, perkhidmatan selepas jualan dibenarkan beroperasi di seluruh negara dengan bilangan pekerja minimum dan hanya perkhidmatan tertentu sahaja yang ditawarkan menerusi janji temu. Applikasi HondaTouch turut diperkenalkan bagi membolehkan pelanggan membuat janji temu dengan lebih sistematik.

Bagaimanapun, Chujo berkata penutup yang berpanjangan memberikan kesan ke atas pengeluaran model baharu Honda Malaysia kerana tiada ujian dapat dijalankan di fasiliti pengeluarannya.

Bukan itu sahaja, rantaian pembekalan dan pengeksportan turut terkesan. Industri automotif menyokong rangkaian luas pembekal komponen dan alat ganti tempatan yang terdiri daripada beberapa peringkat. Pembekal-pembekal ini mungkin tidak mampu menampung operasi mereka dan ini akan mempengaruhi keseluruhan rantaian bekalan.

“Perintah berkurung berpanjangan ini dan ketiadaan gambaran jelas mengenai jangka masa penyambungan semula perniagaan telah memberikan impak kepada perancangan dan pelaburan menyeluruh syarikat-syarikat automotif,” tegas Chujo.

Tambah beliau lagi, Honda Malaysia memahami kesukaran yang dialami oleh pihak pengedar dan oleh itu, syarikat telah mendaftarkan mereka di bawah Progam Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi membantu mempercepatkan kadar vaksinasi negara.

Syarikat menetapkan sasaran untuk mencapai 100 peratus vaksinasi dos pertama untuk semua sekutunya menjelang pertengahan Ogos, sekaligus menghasilkan persekitaran yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia.

Honda Malaysia berharap sektor automotif diberikan kebenaran untuk menyambung operasi lebih awal di bawah SOP dan garisan panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi mengelakkan kesan jangka masa panjang seperti pembuang kerja dan penutupan perniagaan di kalangan rantian pembekal.

Previous post

Range Rover Velar P250 R-Dynamic Versi 2021 Kini Di Malaysia

Next post

Kenderaan Honda e Electric Sudah Ada Di Malaysia Tetapi Recon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *