ModifikasiTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Kenapa Ford Ranger Kini Trak Pikap Pilihan Taliban

Trak pikap Ford Ranger kini menjadi pilihan utama bagi puak Taliban di Afghanistan.

Sebanyak mana Toyota sendiri ingin menafikannya, hakikatnya Hilux menjadi pilihan de-facto bagi militan yang berperang di merata bahagian di Timur Tengah.

In fact, trak pikap yang kebal ini sangat sinonim dengan konflik di sana sehingga ada satu peperangan yang dinamakan bersempena mereka.

Namun demikian, nampak gayanya permintaan terhadap Toyota sejak kebelakangan ini agak pudar di antara kumpulan ini.

Ini kerana sementara ia masih menjadi pemandangan biasa melihat sekumpulan lelaki melepak di cargo bed Hilux dengan beberapa AK-47 (sub-machine gun dan grenade launcher), beberapa laporan berita akhir-akhir ini mengenai konflik di Afghanistan menunjukkan bahawa Ford Ranger kini ingin berkongsi glamor dengan pikap Jepun untuk mengungguli gelaran trak pilihan utama bagi Taliban.

Ini tidaklah mengejutkan kerana cara pasukan Amerika mengundur dari Afghanistan adalah sama sepert memberi kunci kepada Taliban untuk trak pikap tentera mereka di Kabul baru-baru ini ketika pemerintah Afghanistan jatuh dalam hanya beberapa hari.

Itulah sebabnya mengapa terdapat banyak gambar dalam talian kumpulan ini, bukan saja posing dengan harta rampasan perang tentera AS seperti senjata dan pelancar roket, tetapi juga berkeliaran dengan Ford Ranger yang dicat camouflage yang baru mereka rampas.

Tambahan pula, Taliban sudah pada dasarnya sudah mengambil alih semua pikap Blue Oval yang ditinggalkan oleh polis dan tentera Afghanistan yang kini runtuh. Sebuah laporan dari Forbes pada akhir bulan Jun menyebut sekurang-kurangnya 270 dari Ranger berwarna hijau dan pasir masing-masing sudah jatuh ke tangan mereka, dan kemungkinan besar kebanyakan dari baki 40,730 Ford yang dibekalkan oleh AS ke Afghanistan mulai 2012 sudah turut diambil alih oleh mereka.

Supaya tidak meyentuh isu diplomatik akibat cara kemunduran Amerika dari Afghanistan selepas 20 tahun, mari kita bincang sedikit mengenai apa sebenarnya yang Taliban dapat dengan Ford Ranger baharu mereka ini.

Jawapan ringkas untuk itu … agak banyak, kerana pikap J97 Light Tactical Vehicle Police yang ditinggalkan oleh pasukan Afghanistan ini mempunyai banyak ciri istimewa yang di inginkan ramai.

Ya memang, Ranger yang dibekalkan Afghanistan ini bukanlah varian Raptor yang teratas, dan juga bukan iterasi terbaharu pickap Ford yang dikeluarkan sedekad yang lalu.

Trak Blue Oval kabin iterasi T5 ini bagaimanapun dilengkapi dengan turbodiesel 2.2 liter empat pot yang boleh dipercayai yang menggerakkan keempat-empat roda melalui transmisi manual enam kelajuan, apatah lagi banyak aksesori off-road seperti bumper keluli besar depan belakang, serta tayar semua-medan dan gelangsar batu di sisinya. Lelaki berdiri di lantai kargo belakang dengan senapang separa automatik itu adalah ciri tambahan yang dipasang oleh Taliban sendiri.

Sementara itu, kembali ke topik panas, satu persoalan sah yang dapat diajukan di sini tanpa menginjak terlalu banyak landmine politik adalah bagaimana sebenarnya Taliban akan memastikan dan maintain armada Rangers ini terus bergerak maju.

Alat ganti untuk pikap Amerika ini akan kekurangan dalam masa yang singkat, dan kumpulan ini sebenarnya tidak terkenal dengan sifat sayang kereta mereka.

So, adakah trak ‘Built Ford Tough’ ini akan dapat bertahan berkhidmat berbanding rakan sejawatnya yang amat reliable dari Jepun, atau adakah saluran media akan kembali menonjolkan Taliban dengan Toyota asal mereka dalam masa terdekat?

Hanya masa yang akan menentukannya, dan melihat juga kepada China yang sedang berbaik-baik dengan ‘pemerintah’ baharu ini, mungkin ada peluang untuk pikap Cina bersaing untuk menjadi kereta pilihan seterusnya untuk kumpulan-kumpulan ini di masa depan.

Apa itu Teknikal?

Trask pikap dengan macine gun dibelakang biasanya dikenali sebagai Teknikal. Dalam bahasa tentera profesional yang sering disebut kenderaan taktikal bukan standard, non-standard tactical vehicle (NSTV) adalah kenderaan tempur ringan, biasanya trak pikap awam terbuka atau kenderaan pacuan empat roda, memasang machine gun, anti-aircraft gun, rotary cannon, anti-tank weapon, anti-tank gun, ATGM, mortar, multiple rocket launcher, recoilless rifle atau senjata sokongan lain (agak seperti trak senapang tentera ringan bahkan berpotensi sebagai senjata self-propelled).

Previous post

Audi BMW Dan Mercedes Keluar Dari Formula E

Next post

Mazda Terus Memberi Petunjuk Tentang Kebangkitan Rotary Elektrik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *