Promosi / Tawaran / PeraduanUndang - Undang

JPJ TAWAR PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN 70%

Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64 yang bertemakan “Malaysia Prihatin” bagi tahun 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70%

Ini kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun, kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Pengurangan kompaun yang bermula pada 18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021 ini, akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist). Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Sementara itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu sehingga 16 September 2021. Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

JPJ roadblock

Adalah sesungguhnya, tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19.

Kenyataan Media JPJ

Previous post

Pengangkut LPG Scania New Truck Generation Pertama Di Pantai Timur

Next post

Jualan Toyota Corolla Cecah Angka 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *