Cerita Auto

Ford Focus ST Edition Lebih Cekap Di Selekoh

Rasanya tidak banyak yang didengari tentang Ford Focus ST generasi keempat sejak ia diperkenalkan pada Februari 2019. Namun baru-baru ini, Ford telah mendedahkan Focus ST Edition baharu yang hadir dengan penambahbaikan mekanikal yang menjadikan versi “paling dinamik” pernah dihasilkan setakat ini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-66

Ini dicapai menerusi penggunaan sistem suspensi coilover boleh laras dua-hala keluaran KW yang didatangkan dengan tiub berkembar dan gegelung berwarna Ford Performance Blue. Ia bukan sahaja mengurangkan ketinggian sebanyak 10 mm, malah kadar gegelung juga meningkat sebanyak 50 peratus berbanding Focus ST standard.

Selain itu, sistem suspensi tersebut juga mempunyai 12 tetapan mampatan (jounce) dan 16 tetapan lantunan (rebound). Lebih menarik lagi, ia disertakan dengan dokumen teknikal yang mengandungi tetapan suspensi untuk pelbagai kondisi pemanduan, termasuk tetapan khusus untuk pemanduan di litar Nurburgring.

Penambahbaikan casis Focus ST Edition dilengkapkan lagi menerusi penggunaan rim aloi berukuran 19 inci yang dikatakan 10 peratus lebih ringan berbanding rim standard. Ia dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S. Gabungan ini memberikan tahap cengkaman dan respon yang lebih tinggi, terutamanya di selekoh.

Ford Focus ST Edition

Seperti versi standard, kuasa dibekalkan oleh enijn EcoBoost 2.3-liter yang menggunakan pengecas turbo ‘twin-scroll’ bagi menghasilkan 280 PS pada 5,500 rpm dan 420 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm. Dengan teknologi Anti-Lag seperti yang terdapat pada Ford GT dan F-150 Raptor, kuasa dapat disalurkan lebih pantas di dalam mod Sport dan Track.

Transmisi manual enam kelajuan yang memacu roda hadapan membolehkan jentera ‘hot hatch’ ini memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 249 km/j.

Ford Focus ST Edition

Satu lagi komponen yang dikealkan adalah eLSD yang ditugaskan untuk membahagikan tork antara roda kiri dan kanan pada bahagian hadapan bagi meningkatkan tahap cengkaman. Pemandu boleh menggunakan fungsi Drive Modes untuk menyesuaikan eLSD, serta pemetaan pendikit, stereng dan karakteristik ESC.

Previous post

Model Porsche Taycan Amerika Syarikat Dapat Penambahbaikan

Next post

Syarikat Penerbangan AirAsia Masuk Pasaran E-Hailing Dengan AirAsia Ride

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *