Berita Auto

EON Lancar Laman Web Khusus Untuk Pembelian Model Proton

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), yang merupakan pengedar terbesar Proton dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia, telah melancarkan laman web baharu khusus untuk operasi Proton mereka.

Direka dengan tumpuan kepada pengalaman pengguna, laman baharu ini menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model-model Proton.

Menerusi platform bersepadu ini, pelanggan boleh melakukan pelbagai perkara dari keselesaan kediaman masing-masing, termasuklah mendapatkan maklumat tentang promosi terbaharu, menempah pandu uji kenderaan, membuat janji temu servis, dan juga mengira pinjaman kenderaan.

EON Proton Website

Akkbar Danial, Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON percaya bahawa jenama yang mempunyai kehadiran atas talian yang menyeluruh berpeluang besar memperolehi kejayaan.

Menurut beliau, laman sesawang bukan sahaja menawarkan peluang besar untuk pertumbuhan perniagaan, tetapi juga telah menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.

“Laman baharu ini tepat pada masanya. Dengan lebih daripada 80% pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara atas talian sebelum membuat pembelian, ianya amat bertepatan untuk mempunyai sebuah laman sesawang, dan yang boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan tablet,” tambah beliau.

Bersempena dengan pelancaran ini, EON bekerjasama dengan Shell untuk kempen ‘Get Extra Joy’ di mana pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan pembelian kereta Proton baharu mereka dari cawangan-cawangan EON layak mendapat baucar Shell yang boleh digunakan di semua stesen Shell dan kedai Shell SELECT di seluruh negara. Promosi ini berjalan sehingga 31 Oktober 2021.

Previous post

Mee Goreng Bangkok Lane – Jejak Makan ROSS Eat Beat 56

Next post

Ssangyong Mempunyai 9 Pihak Yang Berminat Dengan Jenama Bergelut Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *