Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Scrambler Nightshift Dilancarkan Di Malaysia – RM65,900

Diperkenalkan pada lewat tahun lalu sebagai sebahagian daripada barisan model Scrambler 2021, Ducati Scrambler Nightshift akhirnya tiba di Malaysia menerusi Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu. Model baharu itu menampilkan tema ‘kegelapan malam’ yang disampaikan menerusi skema warna Aviator Grey.

Untuk menyerlahkan lagi imej ‘rugged’ yang dibawa olehnya, warna berkenaan dipadankan dengan bar hendal lurus dengan cermin sisi Cafe Racer di bahagian hujungnya, plat nombor sisi, serta rim lidi aluminium yang dibalut tayar Pirelli MT60 RS berukuran 110/80 R18 di hadapan dan 180/55 R17 di belakang. Ia juga didatangkan dengan pelana ala Cafe Racer yang dikatakan cukup selesa untuk penunggang dan pembonceng.

Kuasa didatangkan daripada enjin Desmodromic 803 cc, silinder L berkembar yang menghasilkan 73 hp pada 8,250 rpm dan 66.2 Nm pada 5,250 rpm. Untuk casis pula, kerangka tiub keluli Trellis digandingkan dengan fork USD Kayaba 41 mm dan penyerap hentak dengan pelarasan pra-muatan.

Sementara itu, sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal 330 mm dengan angkup empat piston di hadapan, dan cakera tunggal 245 mm dengan angkup piston tunggal di belakang. Sistem Bosch Cornering ABS dilengkapkan secara standard.

Kelengkapan lain yang turut disertakan termasuklah lampu LED, panel instrumen LCD, dan port USB yang terletak di bawah pelana.

Dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Ducati di seluruh negara, Scrambler Nightshift dijual pada harga RM65,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Ducati Scrambler Nightshift

Apa Seterusnya Untuk Ducati Malaysia?

Menurut Ketua Ducati Malaysia, Dennis Michael, syarikat itu mensasarkan untuk mengakhiri tahun ini dengan kukuh dengan dua lagi pelancaran produk baharu Multistrada V4 dan Monster.

Previous post

Charles Frump Dilantik Pengarah Urusan Baharu Volvo Car Malaysia

Next post

Isuzu Malaysia Janjikan Pengalaman Pelanggan Lebih Selamat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *