Motosikal / Lain Lain Roda

BMW C 400 X, GT Versi 2021 Masuk Pasaran Malaysia

Selepas R 1250 GS dan G 310, model seterusnya dan terakhir yang dilancarkan oleh BMW Motorrad Malaysia hari ini adalah skuter urban saiz pertengahan iaitu C 400 X dan C 400 GT.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-52

Untuk model tahun 2021, kedua-dua versi mendapat sistem brek yang diperbaharui, enjin silinder tunggal berpiawaian EU-5 dengan ciri E-gas, pengurusan enjin yang dioptimumkan serta klac sentrifugal baharu.

Bukan itu sahaja, Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control) juga ditala semula, manakal kompartmen muatan tempat duduk ini dilengkapi dengan sistem pencahayaan dari bahagian atas dan kelengkapan pengecas USB.

Penampilan C 400 X kini merangkumi trim berbentuk V, madgad, serta grafik yang mengasingkan komponen trim berwarna. Lampu hadapan LED yang besar dan lampu nyalaan siang (DRL) turut disertakan secara standard pada model tersebut.

Sebagai sebuah skuter maxi, C 400 GT tampil dengan penghadang angin yang tinggi, serta tempat duduk ergonomik dengan bahagian penyandar berasingan dan ruang pemijak terintegrasi untuk keselesaan penunggang dan pembonceng. Ia dilengkapi lampu LED berkembar aerodinamik berserta dengan lampu nyalaan siang.

Dari segi warna, C 400 X disediakan secara eksklusif dalam warna Black Storm (Style Triple Black) manakala C 400 GT pula boleh didapati dalam tiga warna iaitu Black Storm (Style Triple Black), Callisto Grey, dan Alpine White.

Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengan kapasiti 350 cc yang menjana 34 hp pada paras 7,500 rpm dan 35 Nm pada 5,750 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang oleh kotak gear jenis CVT. Selain mematuhi piawaian EU-5, enjin tersebut juga mempunyai respons pendikit yang lebih lancar dan cengkaman pendikit elektronik, atau dikenali sebagai E-gas.

Sistem keselamatan merangkumi Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) yang ditambah baik, sekaligus menjadikan jentera ini lebih sensitif, terutamanya di atas permukaan yang basah dan licin. Suspensi dan redaman masih dikendalikan oleh fork teleskopik di hadapan dan dua topang gegelung di belakang.

Seperti yang diperkatakan, sistem brek untuk C 400 X dan C 400 GT telah ditambah baik menerusi angkup baharu. Brek dwicakera di hadapan kini lebih stabil dan mempunyai titik tekanan yang lebih jelas, serta “roll-back” piston yang lebih baik. ABS disertakan secara standard pada kedua-dua model.

Selain itu, terdapat juga skrin TFT berukuran 6.5 inci menyediakan akses kepada maklumat penting dan sistem navigasi BMW Motorrad Connected. Ciri Keyless Ride pula menawarkan pengaktifan transponder bagi pengunci stereng, pencucuh, penutup salur masuk bahan api serta peranti antikecurian, semuanya dipakejkan ke dalam satu kunci.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan waranti tiga tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan bertempoh tiga tahun) adalah seperti berikut:

  • BMW C 400X – RM 44,500
  • BMW C 400GT – RM 48,500
Previous post

Toyota Mengurangkan Pengeluaran Global 40 Peratus Kerana Tak Cukup Cip

Next post

Jalanraya Hancur Dipukul Arus Kepala Air Hujan Lebat Kedah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *