Berita Auto

BMW 1 Series, 2 Series GC Kini Boleh Didapati Dalam Warna Individual

BMW akhirnya memperluaskan penawaran warna Individual kepada dua model paling ‘mampu milik’ dalam barisannya iaitu 1 Series dan 2 Series Gran Coupe. Sebelum ini, pilihan warna Individual ditawarkan kepada model-model tertentu sahaja.

Dengan pengumuman ini, mereka yang membeli kedua-dua model tersebut kini mempunyai sekurang-kurangnya 160 warna eksklusif untuk dipilih. Ini termasuklah Speed Yellow, San Marino Blue, Verde Ermes Green dan Nardo Grey.

BMW Individual 1 Series

Walaupun dikenakan bayaran tambahan, permintaan untuk warna-warna Individual sangat menggalakkan. Menurut BMW, tempahan untuk model BMW dengan warna Individual di kilang Leipzig sudah penuh hingga akhir tahun ini. Manakan tidak, BMW Jepun sahaja sudah memesan 180 unit 118d dalam warna Hockenheim Silver, Ruby Red dan Sepia Violet.

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan warna Individual adalah kira-kira 10 minggu. Jika warna yang diingini tidak dijumpai, pelanggan boleh mencipta warna mereka sendiri. Semuanya boleh dilakukan menerusi laman web Visualizer BMW Individual.

BMW Individual 2 Series Gran Coupe

Bagi memastikan warna-warna eksklusif berkenaan boleh diaplikasikan pada model-model yang lebih kecil, BMW telah menaik taraf kilang mereka di Leipzig dengan sistem bekalan warna dan kawasan campuran baharu. Dengan naik taraf ini, bahagian mengecat kini boleh menyiapkan lima buah kenderaan sehari.

BMW Individual 1 Series

Bukan itu sahaja, setiap kenderaan yang memakai warna Individual juga perlu diperiksa secara manual oleh kakitangan bahagian mengecat. Proses untuk warna kusam atau matte lebih kompleks kerana kecatatan tidak boleh diperbaiki dengan cara yang sama dengan warna lain. Oleh itu, setiap kereta dalam warna matte mengambil masa 30 minit lebih lama untuk disiapkan.

Previous post

Toyota Gazoo Racing Juara Kategori Hypercar 24 Jam Le Mans

Next post

Pakej Pacchetto Tempesta Menjadikan Pagani Huayra BC Lebih Laju

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *