Motosikal / Lain Lain Roda

Allianz Kini Tawar Bantuan Tepi Jalan Percuma Untuk Motosikal Bawah 250cc

Allianz General mengumumkan bahawa ia kini menawarkan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi komprehensif Allianz Motorcycle Plus dan Allianz Motorcycle dengan motosikal di bawah 250cc.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-16

Disediakan menerusi Allianz Road Rangers, perkhidmatan bantuan tepi jalan berkenaan merangkumi bantuan tunda kecemasan (percuma hingga 50 km, perjalanan pergi balik), penghantaran bahan bakar, bateri, dan perkhidmatan memperbaiki tayar pancit.

Jika berlaku kecemasan, pelanggan boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Allianz Road Rangers di 1800-22-5542. Juruteknik atau trak tunda akan dihantar ke lokasi untuk memberikan bantuan bantuan, kerja pembaikan, atau untuk menunda motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), Sean Wang, mendedahkan bahawa motosikal merupakan pasaran yang serba kekurangan di Malaysia.

“Allianz General selalu berusaha dan memberikan perkhidmatan yang penting bagi pelanggan kami. Kami memulakan perkhidmatan Allianz Road Rangers untuk pelanggan kami (kereta persendirian) yang komprehensif pada tahun 2017, dan kami mampu memberikan manfaat yang sama untuk pemegang polisi komprehensif motosikal di bawah 250cc kami,” kata Sean.

Tambah beliau lagi, “Sebilangan syarikat pengendali mengelakkan dari memilih jenis perkhidmatan ini kerana ia tidak menguntungkan berbanding dengan penundaan kereta, tetapi Allianz General memilih untuk melaksanakannya.”

Selain itu, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan Perlindungan Kemalangan sebanyak RM10,000 (untuk kematian atau hilang upaya kekal) dan Pendapatan Hospital hingga RM6,000 (RM100, hingga 60 Hari) untuk polisi Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga tanpa caj tambahan.

Previous post

Bentley Mulsanne Grand 2015 Limousine Oleh Mulliner Kembali Dijual

Next post

Porsche 911 GT2 RS Clubsport 25 Boleh Menjadi Senjata Trek Seterusnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *